in ,

Vince Lebih Matang Dengan Album Terbaru With You This Christmas

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi Vince mengakui dia baru dapat merasakan kematangan dirinya selepas lapan tahun menjalani karier seni muzik tanah air sejurus selepas menjuarai pertandingan realiti popular Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong, 33, berkata, kematangannya itu dapat dilihat daripada segi karakter diri, penyampaian persembahan nyanyian dan perkembangan ilmu muzik yang diperoleh.

Dsc_0131

“Saya percaya setiap orang mempunyai jangka masa tertentu untuk menjadi matang. Begitu juga dengan saya, mungkin agak lewat sedikit, tetapi sepanjang lapan tahun bergelar insan seni, saya berasa lebih matang daripada biasa. Dalam erti kata lain, sekarang ini saya berani bersuara memberikan pendapat dan idea serta mempunyai keyakinan diri yang lebih.

“Apa yang penting saya dapat rasakan pengalaman muzik saya sudah berada di satu tahap baru di mana saya faham tentang kekuatan dan kelemahan vokal diri.”

Tambah Vince, hal tersebut juga membuatkan dia ingin memberikan satu kelainan buat para peminat dengan menampilkan sebuah album Inggeris berjudul With You This Christmas bersempena sambutan hari Krismas pada 25 Disember ini.

Album yang dipasarkan menerusi laman Facebook Vince dan aplikasi itunes itu menampilkan sebanyak tujuh buah lagu saduran popular seperti Winter Wonderland, Grown Up Christmas List dan Have Yourself A Merry Little Christmas.

Manakala lagu With You this Christmas merupakan ciptaan khas Vince dan komposer Daniel Veerapan.

“Ini merupakan percubaan pertama saya menghasilkan album bersempena dengan sambutan Krismas dan hanya 2,000 cetakan cakera padat (CD) yang dibuat. Walaupun kebanyakannya adalah lagu saduran, ia merupakan sebuah lagu yang segar kerana ia telah disusun semula muziknya oleh Daniel dan saya. Mungkin ia kurang mendapat sambutan untuk perayaan tahun ini. Tetapi saya tidak akan rugi kerana ia boleh dipasarkan semula pada perayaan tahun depan serta tahun-tahun berikutnya dengan kulit album yang terbaru.”

Beitahu Vince, album tersebut berkonsepkan muzik Jazz, R&B di mana ia diberi suntikan inspirasi penyanyi seperti Michael Jackson, Stevie Wonder, Boyz II Men dan Luther Vandross.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 2

TV3 Siar Program Dunia Luar Biasa dalam UNSUNG PLACES