in ,

Viewing Party Separuh Akhir EURO 2012 Jerman VS Itali

Viewing Party Separuh Akhir EURO 2012 Jerman VS Itali. Kemuncak EURO 2012 semakin hampir! Empat pasukan elit Eropah iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman dan Itali akan bersaing merebut dua tempat perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine.

Bagi menghangatkan lagi bahang Separuh Akhir EURO 2012, Media Prima Berhad bersama penaja utama siaran, Maxis membawa kepada anda “Viewing Party” Separuh Akhir di antara Jerman menentang Itali.

Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah hebat disediakan khas buat peminat fanatik, antaranya, pertandingan futsal, pertandingan gaya peminat fanatik terbaik, pertandingan kumpulan sorakan terbaik, cabutan bertuah menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford dan tiket penerbangan ke Osaka, Jepun!

Selain itu, para peminat juga berpeluang berhibur dan beramah mesra dengan artis-artis popular tanah air, antaranya, Parallax, The Azenders, Caroline Mentor 6, Johan As’ari, Zalif Sidek, Talha Harith, Almy Nadia dan ramai lagi.

Tepat jam 2.45 pagi, skrin gergasi di Space U8 akan menyiarkan perlawanan Separuh Akhir EURO 2012 di antara Jerman menentang Itali di Stadium Nasional Warsaw, Poland.

Tarikh/ Hari : 28 Jun 2012 (Khamis)

Waktu : 8.00 malam

Tempat : Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Jemputan Media Ke Viewing Party Semi Final EURO 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pertunjukan Fesyen Lebaran Fashion Vanguard 2012

Gambar Cristina Suzanne Cover Majalah EH Keluaran Julai 2012