in ,

Video Ulasan Ramadan Buffet di Hotel Impiana KLCC 2014

Ramadan datang lagi! Setiap kali datangnya bulan Ramadan, pastinya anda semua tercari-cari kat mana nak dapatkan juadah berbuka puasa yang best-best kan? Samada Bazaar Ramadan atau buffet Ramadan di hotel, terserah pada kemampuan anda dan kalau boleh janganlah membazir sangat, ye dok?

[pullquote]Budiey rasa, Ramadan tahun ini nampaknya tak kurang meriahnya. Walaupun harga makanan semakin meningkat dan melambung-lambung setiap tahun, tapi orang Melayu kita memang menantikan bulan ini.[/pullquote]

Budiey sekarang tengah mencari kat mana nak cari kompilasi senarai lokasi Bazar Ramadhan yang updated, yang terkini, maklumlah, pasti ramai pembaca yang mahu mencari tempat atau hotel dan juga restoran di Malaysia untuk dijadikan lokasi berbuka puasa. Tak gitu?

Apa-apa pun, sudah menjadi budaya di bulan Ramadhan, Buffet Ramadhan di hotel akan mendapat tempat dan juga menjadi budaya di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Tak dilupa juga waktu berbuka dan imsak untuk seluruh negeri di Malaysia turut mendapat perhatian daripada pelayar blog.

Semua hotel dan restoran menyediakan juadah buffet Ramadhan bermula pada 1 Ramadhan. Berbagai kaum akan berkumpul bersama-sama meraikan umat Islam berbuka puasa. Ini salah satu keunikan Malaysia yang tidak terdapat di negara lain.

Dalam pemilihan lokasi berbuka puasa, apa yang kita kena tengok kenalah ada sijil halal daripada JAKIM dan ada surau dan paling baik ada solat terawih.

Jadi, di sini, Budiey nak buat senarai 5 yang best apabila korang datang berbuka puasa di Tonka Bean, Hotel Impiana KLCC:

  1. Pilihan Makanan Yang Pelbagai
  2. Tema buffet tahun ini Delicious Dining Spread
  3. Ada menu istimewa untuk tahun ini Gear Box Soup dari Chef Ali
  4. 18 perisa aiskrim jenama terkenal Baskin Robbins
  5. Budiey dah cuba beberapa menu. Semua sedap. Puas hati.

Terima kasih Hotel Impiana KLCC 2014 atas jemputan.

TONKA BEAN

Pada minggu lalu, Budiey berkesempatan untuk merasai juadah hidangan sajian berbuka puasa yang disediakan oleh Impiana KLCC Hotel. Di sana, Budiey sempat buat rakaman video ulasan secara ringkas apa yang bestnya berbuka puasa kat Hotel Impiana KLCC.

Appetizer

Salmon Gravlax
Keropok Udang, Keropok Ikan, Papadum
Acar Buah
Acar rampai
Kerabu Kerang
Kerabu Mangga
Telur Masin

Ulam-ulaman

Kacang botol, Daun Selon, Ulam raja, Kacang Panjang

Sambal-sambal

Sambal belacan, Sambal Tempoyak, Cencaluk, Sambal kicap, Budu

Soup

Soup Ayam berempah/ Gear Box Soup

BBQ whole Lamb

Beef and Chicken satay
Ikan Bakar Bumbu Spice
Bubur Lambuk
Nasi Beriyani Gam Ayam
Nasi Tomato
Aneka Laut-lautan
Ikan Bawal masak Tauchu
Sambal Sotong Petai
Ayam goreng BBQ
Pucuk Manis Masak Lemak
Stir Fried Ginger Beef
Daging goreng Berlada
Chili crab
Salted Prawn
Lemang
Ketupat
Serunding ayam and daging
Cucur sayur
Cucur Udang
Roast Beef
Kepak Ayam Panggang Madu

Mee Curry and laksa Penang

Sliced Fresh Fruit
Malay kuih
Apam balik
Pengat Pisang
Serawa Durian dengan Pulut
Dodol
Indonesia Layer cake
Biskut Raya
18 flavors Baskin Robin ice-Cream
Kurma

Buah-buahan Tempatan Display

(Rambutan, laici, Durian, Cempedak, longan, Langsat, Jambu Air, Nangka,
Pulasan, Mangga, Ciku, Star fruit, Pisang Emas)

Kelapa Botak

Freshly Squeeze Sugarcane Juice
Air Kurma, air mata Kucing, Sirap Limau, Air Barli, Soya Bandung, soya jagung

Aug08

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bazaar OMG Dapat Sambutan Hangat

Peraduan Tayangan Premiere Dawn of the Planet of the Apes (3D)