in

Video Suami Artis ‘Kantoi’ Dating Pelakon Baharu Tersebar

Suami kepada seorang penyanyi popular dipercayai telah bermain kayu tiga apabila satu rakaman video hubungannya dengan pelakon baharu berjaya dirakamkan.

MStar telah menerima sekeping gambar yang menyaksikan pemuda tersebut telah memeluk pelakon baharu berkenaan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah di Star Hill, Bukit Bintang dan rakaman video mereka di Pavilion dekat sini.

Kejadian berkenaan dirakamkan pada Khamis.

RUHAINIES.jpg

Dalam pada itu sumber berkata, pemuda yang merupakan seorang usahawan hartanah itu dikatakan terlibat dalam menghasilkan drama pendek istimewa bersama pelakon tersebut.

Selepas penggambaran drama itu, sumber berkata, pemuda berkenaan berusaha untuk mengenali pelakon itu dengan lebih rapat sehinggalah mereka dilihat keluar bersama.

Namun, apakah sebenarnya hubungan mereka dan adakah isteri pemuda itu yang dinikahi hujung tahun lalu menyedari perbuatan suaminya?

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadira Adnan, Yuna, Amy Search, Noh Salleh & Joe Flizzow Bakal Perform di CINTA CONCERT

GSC International Screens Tayang Filem Captain Fantastic