in ,

Video Stacy Nyanyi Lagu Wrecking Ball Miley Cyrus

Mungkin kerana perubahan ketara dari segi gaya penampilan Stacy yang menyamakan beliau dengan penyanyi antarabangsa yang hot sekarang ni, Miley Cyrus membuatkan Stacy kini digelar Miley Cyrus Malaysia. Budiey sedari, semasa persembahan Stacy di Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura yang lalu, dah ramai yang mengatakan Stacy persis Miley Cyrus.

Dalam pada itu, ramai peminat Stacy yang mahu dengar Stacy nyanyi lagu Miley Cyrus yang sangat popular tu, Wrecking Ball. Dan, semasa persembahan Showcase SM*SH dan Stacy yang berlangsung di Wisma Bentley, Mutiara Damansara semalam, akhirnya Stacy memenuhi permintaan peminatnya yang menunggu sekian lama. Maka terhasilnya, persembahan vokal mantap dari Stacy.

Stacy akui, dirinya tidaklah se-hot Miley Cyrus. Stacy pun tertanya-tanya mengapa peminat mahu betul dia nyanyi lagu Miley Cyrus.

Tak caya tonton video persembahan yang sempat Budiey rakam semalam. Gempak tak? Apa komen anda?

Stacy

Stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajai Rakam Muzik Video Guna Telefon Bimbit iPhone

Gambar Sekitar Pengambaran Muzik Video ADUH Ajai