in ,

Video Siti Nurhaliza & Cakra Khan SELURUH CINTA di Premiere SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!

Pada jam 8 malam semalam, seperti yang dijangkakan, penyanyi bersuara emas Dato’ Siti Nurhaliza tampil berduet bersama Cakra Khan di Malam Gala filem SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10! yang diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Budiey sempat merakam persembahan mereka yang disaksikan oleh puluhan peminat, selebriti dan pelakon filem ini.

Setelah kejayaan single Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku dalam pencalonan AIM 21, Dato’ Siti Nurhaliza kini kembali mempertaruhkan single terbaru beliau bersama artis Indonesia, Cakra Khan, berjudul Seluruh Cinta. Lagu ini pertama kali dipertontonkan kepada umum semasa Persembahan Cinta MNCTV23 sempena ulangtahun ke-23 stesyen TV tersebut. Seluruh Cinta juga merupakan lagu tema untuk filem Suamiku, Encik Perfect 10 yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 Januari 2015.

Lagu ini digubah dan ditulis oleh Krishna Balagita, komposer dan penulis lirik dari Indonesia yang juga pernah terlibat dalam pembikinan album artis-artis Indonesia seperti Ada Band.

Seluruh Cinta berkisarkan tentang pasangan kekasih yang baru bertelagah. Dalam kesedihan, pasangan kekasih ini teringat semula kenangan terindah mereka bersama dan merasakan kehidupan mereka tidak lengkap tanpa kehadiran satu sama lain. Rasa cinta mereka menyedarkan mereka bahawa tiada siapa yang dapat menggantikan pasangan mereka.

Lagu ini adalah kerjasama di antara PT. Creative Indigo Production dan Universal Music Sdn Bhd. Dato’ Siti Nurhaliza berharap dengan gandingan suara Cakra Khan dapat menarik peminat beliau untuk terus menyokong single Seluruh Cinta sepertimana sokongan penuh yang mereka berikan terhadap album-album Dato’ Siti Nurhaliza sebelum ini. Beliau juga berharap peminat beliau dapat membeli CD original dan terus menyokong industri muzik tanahair.

Video Siti Nurhaliza & Cakra Khan SELURUH CINTA di Premiere SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!

Lirik Seluruh Cinta

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

*
Kaulah seluruh cinta bagi ku
Yang selalu menentramkan perasaan ku
Dirimu kan selalu ada
Disisiku selamanya

**
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Kukan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirkannya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait yang indah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyangjungku
Tenangkan jiwa

Tiada cinta yang setulus cinta mu
Tiada yang sanggup gantikan diri mu
Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

Layari Gilamuzik.com untuk mengetahui tentang peraduan terkini dan hadiah terhebat.

Pautan:
Laman Rasmi Facebook Dato Siti Nurhaliza
https://www.facebook.com/SitiNurhalizaOfficial

Laman Rasmi Twitter Dato Siti Nurhaliza:
https://twitter.com/CTNurhaliza11

Laman Instagram
http://instagram.com/ctdk

Portal Gila Muzik
http://www.gilamuzik.com

Facebook Universal Music Domestic
https://www.facebook.com/universalmalaysiadomestic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Trending di Youtube Malaysia

AXN Umum David Foster, Melanie C, Anggun & Van Ness Wu Jadi Juri Asia’s Got Talent