in

Video Sekitar Pelancaran Sidang Media & Pelancaran Program H Live!

Pada jam 6 petang semalam, 12 Mei 2014 telah berlangsung sidang media pelancaran hlive! di Stadium Chin Woon, Kuala Lumpur. Menampilkan Naib Pengerusi Bahagisan Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh yang memperkenalkan secara kasarnya tentang program TV terbaru yang akan memberikan liputan berita-berita eksklusif paling terkini dan sensasi mengenai dunia hiburan. Selain itu, program ini juga menawarkan pengisian terbaik berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan gaya hidup.

Budiey ucapkan tahniah buat Astro dan good luck buat semua pengacara dan warga kerja hlive! Semoga segala isi kandungan yang dipaparkan nanti lebih updated dan lebih panas sekaligus dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanahair.

Semasa sidang media juga, media diperkenalkan dengan empat pengacara hlive! dan mereka ialah Dahlia Shazwan, Nabil Mair, Shalma Ainaa dan Alif Farhan.

[pullquote]Program hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014. Manakala hlive! akan bersiaran sebanyak dua kali, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 1 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan serentak di Maya HD (135).[/pullquote]

Selain media cetak seperti surat khabar dan majalah serta media baru misalnya portal sebagai platform memaparkan pekembangan tentang dunia hiburan tempatan, saluran televisyen juga dilambakkan dengan bermacam program infotaiment. Masing-masing mempunyai trademark dan tarikan tersendiri.

Terbaru, saluran Astro Ria tampil dengan sebuah lagi kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru hlive! yang menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini dari pelbagai sisi melalui platform Tonton, Dengar dan Baca.

Menyentuh mengenai eksklusitiviti dari segi cerita-cerita panas artis dan juga kelainan yang bakal ditonjolkan oleh hlive!, pihak media bertanyakan spekulasi mengenai produksi penerbitan program tersebut yang sanggup membayar hingga ratusan ribu ringgit kepada seseorang artis bagi mendapatkan cerita atau gosip panas mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, Khairul Anwar berkata, pihak penerbitan tidak akan sesekali mempraktikan cara sebegitu.

“hlive! adalah sebuah program yang mengenengahkan berita-berita hiburan terkini. Dan pihak kami tidak akan mengamalkan cara sebegitu (bayar artis untuk dapatkan cerita panas). Kalau ada pun cara sebegitu, ianya bukan untuk kepentingan berita pada hlive! tetapi lebih kepada penerbitan sebuah program, misalnya rancangan khas untuk artis tersebut. Dari segi laporan berita, kami bersih.”

Sementara itu, segmen menarik yang boleh ditonton menerusi Hlive! termasuklah segmen ‘Tweet Nakal’, ’15 Soalan’, ‘Di Sebalik…’, ‘Fakta Atau Propa’, ‘Pilihan H’ serta banyak lagi.

Bagi memantapkan lagi pengisian yang ditawarkan, Hlive juga akan turut bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mega Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Syaza Lancar Tiga Jenis Sabun Mandian Terbaru