in ,

Video Persembahan Dayang Nurfaizah di Showcase di The Venue

[dropcap]W[/dropcap]alaupun agak penat dengan program Santai Tanah Merah di Melaka, Budiey gagahkan juga diri untuk ke Showcase Special Bersama Dayang. Bukan apa, dah lama benar Dayang tak buat showcase, jadi rasanya kali ini Budiey tak nak lepaskan peluang. Dulu, masa Planet Hollywood masih ‘berputar’ di KL ni, selalu je layan showcase dari Dayang. Pendek kata dalam setahun tu, sampai 4 kali Dayang buat showcase kat situ.

Sampai je rumah, terus Budiey upload semua video rakaman semasa Dayang Nurfaizah buat showcase di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun lalu. Kalau korang nak layan, bolehlah mengikuti semua lagu-lagu yang dinyanyikan dengan melayari saluran Youtube Budiey.com: http://www.youtube.com/budiey27

Jadi apa special sangat showcase Dayang kali ini? Nak tahu apa yang special, sila klik rakaman video yang Budiey rakam untuk pembaca:

Perlukan Cinta – Dayang Nurfaizah Showcase @ The Venue

Sedingin Mana Cintamu – Dayang Nurfaizah Showcase 

Gerimis Mengundang – Dayang Nurfaizah Special Showcase 

Suit & Me Dayang Nurfaizah Special Showcase

Aku Rindu Aku Jemu Dayang Nurfaizah Special Showcase

Kembalilah Sayang & Mana Mungkin Dayang Nurfaizah Special Showcase

Pintaku Terakhir & Hembusan Asmara Dayang Nurfaizah Special Showcase

Girl On Fire & Love On Top Dayang Nurfaizah Special Showcase

Gelombang Salamiah Hassan) Dayang Nurfaizah Special Showcase

Ku Pendam Sebuah Duka – Dayang Nurfaizah Special Showcase

Rahsia Cinta Dayang Nurfaizah Special Showcase 

I Can’t Make You Love Me Dayang Nurfaizah Special Showcase 

Bisikan Rinduku Dayang Nurfaizah Special Showcase 

Sedetik Lebih – Dayang Nurfaizah

Cara Dayang Nurfaizah Layan Peminat 

Dayang Nurfaizah Nyanyi Puncak Kasih Ziana Zain 

Dayang Nurfaizah Nyanyi Dayang Sayang Kamu 

Budiey anggap, showcase istimewa ini berjaya kerana ia mendekatkan peminat dengan Dayang Nurfaizah kerana berlangsung dalam suasana mesra penuh intim. Yang bestnya, setiap kali perform dalam showcase macam ni, Dayang akan nyanyi lagu cover version. Kalau dengar betul-betul, kadang-kadang tu, rasa lebih sedap dari versi asal. Antara lagu yang dinyanyikan semula ialah lagu Suit & Tie nyanyian asal Justin Timberlake dan Jay-Z dengan gaya lenggok Dayang sendiri.

Lagu nyanyian Slam, Gerimis Mengundang juga turut dialunkan dengan irama blues dan sedikit lari dari melodi asal kumpulan Slam.

Dari segi vokal, Budiey tak ada masalah langsung. Memang vokal Dayang best. Tak pernah mengecewakan. Sekurang-kurangnya durasi selama dua jam itu dapat mengubat rindu peminat.

Dayang Nurfaizah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaclyn Victor Lancar Album Ikut Rentakku

Ashraf Muslim Tauke Beras Jenama Muslim