in , ,

Video Najwa Latif Berduet Dengan Wang Lee Hom di Malaysia

Najwa Latif teruja dijemput membuat persembahan di konsert Wang Lee Hom di Malaysia

[dropcap]T[/dropcap]anggal 29 Mac 2013 yang lalu satu sejarah telah dicipta oleh penyanyi sensasi Youtube, Najwa Latif di mana beliau telah menjadi artis jemputan dalam konsert Wang Lee Hom yang diadakan di Genting Higland. Siapa sangka, kalau dulu penyanyi Shila Amzah yang duk canang nak berduet dengan Wang Lee Hom tapi Najwa yang dulu berduet.

Itu pun kerana tuah dan usaha Najwa yang telah menyanyikan lagu cover Wang Lee Hom yang berjudul “Ni Bu Zhi Dao De Zhi” dan telah dimuat naik ke Youtube Najwa. Sikit sebanyak telah menarik perhatian Lee Hom untuk menjemput Najwa untuk menyanyikan lagu itu di Konsert MusicMan 2.

Selain menyanyikan lagu ini Lom Hom juga member perhargaan kepada Najwa untuk menyanyikan lagu Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee Getaran Jiwa. Menurut Najwa ini ada satu penghargaan terbesarnya untuk tahun ini setelah dia dijemput untuk bergandingan dengan Greyson Chance pada 2011.

Lagu Ni Bu Zhi Dao De Zhi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Ke Panggung Musim Ketiga di TV2

Program Celik Hati & Signs Of The Hereafter di TV9