in ,

Video Muzik CRUSH Yuna Bersama Usher Dapat Respon Peminat

Siapa yang tidak kenal pada penyanyi kelahiran Malaysia yang kini sedang ligat membina nama di Amerika Syarikat, Yuna. Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali dengan Yuna sudah cukup popular di persada hiburan antarabangsa melalui nyanyian serta lagunya yang sentiasa menjadi pilihan ramai dan hit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Melalui lagu terbaru ciptaan dan nyanyiannya yang berjudul Crush, Yuna berduet bersama Usher yang sememangnya bukan satu nama asing dalam dunia muzik Amerika mahupun dunia. Setakat ini video lagu Crush di YouTube sudah mencatat jumlah lebih daripada 1 juta tontonan.

CRUSH Yuna Bersama Usher

Bukan itu sahaja minggu ini telah berada di tangga 18, carta muzik Billboard bagi kategori Adult & R&B. Bukan mudah untuk menembusi carta lagu popular Billboard di Amerika Syarikat namun itulah yang telah dibuktikan oleh penyanyi tempatan Yuna.

Yuna sebelum ini menyifatkan Usher sebagai seorang yang sentiasa merendah diri dan tidak pernah cerewet, turut tidak menyangka dapat bekerjasama dengan penyanyi lelaki terlaris itu untuk album terbarunya itu.

Tahniah buat Yuna kerana berjaya membawa nama Malaysia secara tidak langsung dengan kejayaan lagu Crush menembusi pasaran Amerika Syarikat ini.




Sebelum ini, Yuna pernah bergandingan bersama penyanyi Adam Young dari kumpulan Owl City untuk lagu Shine Your Way. Ia merupakan lagu tema buat filem animasi ciptaan Dreamworks yang berjudul The Croods. Yuna turut pernah bergandingan bersama DJ Premier untuk lagu Places To Go.

Yuna sebelum ini pernah menyatakan kepada Hitz Fm bagaimana dirinya boleh berpeluang untuk merakam sebuah lagu bersama Usher.

CRUSH Yuna Bersama Usher

“Saya bertemu dengan Usher kira-kira setahun lalu dan kami tidak pernah berbincang tentang apa-apa kolaborasi. Apabila saya sedang menyiapkan album terbaru, saya mempunyai sebuah lagu dan saya mempunyai satu idea.. Kami hantarkan lagu tersebut kepada Usher dan kami tidak mendengar sebarang berita atau respons darinya dalam dua bulan. Dan tiba-tiba kami mendapat satu e-mel dari Usher dan ia adalah lagu yang kami hantar dan dinyanyikan oleh dia sendiri, segalanya sudah siap diadun (mix), ” ujar Yuna.

Yuna bakal melancarkan album terbarunya yang berjudul Chapters pada 20 Mei nanti. Koleksi lagu dalam album terbarunya itu juga ada yang kolaborasi bersama Jhene Aiko yang bertajuk Used To Love. Yuna turut dijadualkan akan memulakan tour bermula April ini untuk mempromosi projek album terbarunya itu.

Terbaru, setelah melancarkan video di sebalik tabir penggambarannya itu, semalam, Yuna sudah pun melancarkan video muzik lagu hit Crush. Pastinya, Usher turut tampil menyempurnakan video muzik tersebut.

Video ini mendapat perhatian dan respon daripada peminat. Sehingga mengatakan video ini menjadi salah satu kebanggaan rakyat Malaysia.

Memetik dari Facebook Fadzul:

Ni baru lah kebanggaan Malaysia dr ehem3x tu setakat suara auto sound tp live hampeh… hope video ni boleh cecah berpuluh juta dr ehem3x tu kbai Good luck yuna…

Dari Syairil:

Saya dapat rasakan Yuna bakal memenangi Grammy Awards dan menggegarkan persada muzik Hollywood tak lama lagi. Trust me. Di saat kita sinikal terhadapnya, dalam diam rupanya Yuna semakin jauh ke hadapan dan terbaru telah berduet dengan penyanyi terkenal Amerika, Usher.

Menariknya, dalam video klip Yuna dan Usher, tiada adegan berpelukan, wanita seksi yg menunjukkan belahan dada dan buntot yang pejal seperti lazimnya dalam video-video klip artis di Amerika walaupun mereka menyampaikan lagu romantik dan berunsur cinta.

Serius aku yakin – Yuna bakal cipta fenomena!

Setakat hari ini, muzik video ini mendapat hits 62,900 views dan dijangka akan bertambah dari masa ke semasa. Tahniah Yuna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beli Samsung SUHD TV Dapat Percuma Galaxy S7 edge

Ulasan Penonton Filem ADA APA DENGAN CINTA 2