in , , ,

Video Muzik CAN’T FORGET ME Fazura Kini di Youtube

Ingat lagi tak, kisahnya Budiey telah menyiarkan artikel tentang Pelancaran Muzik Video Single Fazura CAN’T FORGET ME yang berlangsung pada 18 Januari lalu. Acara itu cukup eksklusif di mana media dan peminat yang hadir tidak boleh merakam sebarang video kerana muzik video CAN’T FORGET ME akan disiarkan di Youtube secara eksklusif pada 24 Januari.

Semalam tanggal 24 Januari 2019, peminat Fazura khususnya telah pun dapat menonton video muzik CAN’T FORGET ME di saluran Youtube. 

Semasa Budiey menulis entri blog ini, video muzik yang menelan kos perbelanjaan sangat besar itu telah pun mendapat sebanyak 45,399 tontonan. Sementara itu, dari segi komentar juga boleh tahan juga ramai yang memberi dan mengutarakan pendapat mereka di ruangan komen sehingga ia mencecah 1,100 komen. Ini sikit sebanyak membantu untuk video muzik ini jadi trending di Youtube untuk masa yang terdekat ini.

Video Muzik CAN’T FORGET ME – Fazura

Lagu ini didedikasi khas buat individu terutama wanita yang berdepan dengan masalah keyakinan diri. Kalau baca lirik sepenuhnya, ia memberi penekanan tentang mencintai diri sendiri dan sentiasa berasa kuat walau apa jua cabaran dan halangan melalui perjalanan hidup seseorang. 

Proses rakaman single ini dilakukan di Los Angeles yang mengambil masa sekitar hanya lima jam sahaja.

fazura-cant-forget-me-CA

Kalau nak tahu, melodi lagu ini yang begitu cathy sebenarnya dihasilkan oleh komposer yang hebat iaitu Cameron Forbes, lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Taste nyanyian Tyga.

Lagu yang dirakamkan di Los Angeles ini mendapat sentuhan Willy Beaman yang terkenal dengan karyanya untuk Greyson, Nico & Vinz dan Ratu Billboard, Demi Lovato serta Nicki Minaj.

Fazura telah menyanyikan lagu ini buat pertama kali di depan khalayak semasa persembahannya di Konsert Elmina Lakeside Concert minggu lalu.

Fazura pic 2
Gambar Fazura semasa persembahan di Elmina Lakeside Concert

Antara yang komen positif yang ditulis:

“She looks stunning, very calm and matured women. She got her own class. But i believe and hope she can improve on her live performance as well, love u fazura.” 

“Congratulations fazura! we’re inspired by this. so random but semoga bahagia sampai ke syurga. tak pernah penat mendoakan yang baik baik untuk faz dan  keluarga, kawan kawan. happy to see you living in good circle.

– Peminat Fazura

Tak kurang ada yang meletakkan harapan yang tinggi yang setanding dengan video muzik artis antarabangsa.

“Bila universal kata music video ni paling mahal, aku dah terbayang mv ala ala blank space or bad blood si  taylor swift tu, kecewa juga la , tapi tapi lagu ni dope habis dan fazura cantik giler dalam mv ni. Tapi tu la kecewa sikit je dgn music video dia sebab letak expectation yang tinggi sangat kot untuk music video ni.”

– Hafeezi Raziqin

Dalam satu laporan berita, Fazura mengakui terpaksa menghadapi cabaran sukar ketika menjalani penggambaran klip video single yang dijayakan bersama komposer Willy Beaman dan Cameron Forbes ini.

Apa-apa pun tahniah buat Fazura di atas pelancaran video muzik ini di Youtube. 

Lagu Can’t Forget Me boleh didengari juga di semua platform digital termasuklah di iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Umum Bakal Tayang Filem DEAR EX

Senarai Top 5 Video Yang Trending di Youtube Minggu Ini