in

Video LAWAK SITI NURHALIZA: Datuk K Hari-Hari Dapat Hadiah

Dalam banyak-banyak video yang Budiey sempat rakam di Acara Sambutan Ulangtahun ke 11 SITIZONE – Kelab Peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang berlangsung di Dewan Besar Utusan Melayu semalam video lawak kat atas ni yang paling trending. Lawak spontan dari Dato’ Siti Nurhaliza ini dirakam semasa kejutan untuk insan-insan yang banyak membantunya.

Ada empat hadiah kesemuanya. Mula-mula, Siti kasi hadiah tu kepada pengurusnya, Kak Zi dan  kemudian kepada pembantunya, Miela Fazie. Kalau Budiey tak silap mereka berdua dapat telefon pintar iPhone 6 seorang satu. Kemudian, Siti menyimpan dua lagi hadiah. Kemudian ada peminat suruh Siti kasi hadiah tu kepada Datuk K.

Dengan selamba Siti balas: Datuk K tak payah, hari-hari dapat hadiah. (amboi macam pantun pulak ye)

Kemudian seluruh dewan gelak sakan sebab ada yang fikir lain.

Siti: Eh-eh, you all yang fikir macam tu. Eh, tak baik tau. Saya tak fikir macam you all fikir….

Tapi Siti dengan sepontan memberi penerangan hadiah apa yang dimaksudkannya. Haa ayat cover line kan? Memang lawak of the day lah. Layan video ni dan korang akan faham apa yang peminat faham. Ish… ish… budak-budak sekolah zaman sekarang suka fikir yang bukan-bukan, kan?

Seramai lebih 300 orang peminat setia yang datang dari segenap negeri telah berkumpul untuk meraikan Acara Sambutan Ulangtahun ke 11 SITIZONE – Kelab Peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Cukup meriah dengan tema Back to School. Rata-rata yang hadir dengan memakai pakaian sekolah dan mengikut tema. Tahniah kepada team Sitizone yang telah membuktikan kekuatan dan kata sepakat adalah kunci dan menempa sejarah kelab peminat paling lama bertahan!

Congrats!

siti nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Cari Peminat Setia Untuk Shooting Muzik Video SAYANGI DIRIMU

Nur Fazura Akui Suka Berkawan Baik Dengan Taufik Batisah