in ,

Video Komen Penonton Filem Zombi Kilang Biskut

Filem Zombi Kilang Biskut sudah empat hari ditayangkan di pawagam. Seperti yang Budiey duga, filem arahan Mamat Khalid yang menggekalkan latar penceritaan di Kampung Pisang ini telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Pastinya, ramai yang nak tengok apa pula yang akan diceritakan oleh Mamat Khalid dalam filemnya kali ini. Budiey kira, lakonan mantap dari pelakonnya juga ada tarikan tersendiri dan tak perlu dipertikaikan lagi. Tengok pada lakonan seperti Awie, Usop Wilcha, Soffi Jikan sememangnya hebat dan dinantikan penonton. Apatah lagi kali ini turut menampilkan muka baharu seperti Eina Azman, Adam AF, Dayana Roza, Ilya Buang dan Shuk Balas.

[pullquote align=”right”]Dari segi keunikan zombi, Mamat Khalid tidak lagi mengekalkan imej zombi berwajah putih bak tepung gomak, kerana kali ini dilihat menyediakan zombi yang lebih ‘ngeri’ dengan suntikan imej janaan komputer (CGI).[/pullquote]

Kali ini, ia berkisarkan Din Mamu (Ilya) mengajak Usin (Awie) untuk bekerja di kilang biskut. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi juruteknik bersama-sama Wahab B. Manakala Sofea pula bekerja di Jabatan Sumber Manusia. Dari situ bermula pengisahan zombi ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Mereka semua selalu digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Lebih pelik apabila Usop bertembung dengan beberapa individu seakan zombi.

Dalam masa sama, kampung mereka didatangi tetamu misteri bernama Kamariah yang ingin mencari Usop. Namun ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi. Konflik ini mencetuskan huru-hara di Kampung Pisang dan keadaan menjadi kucar-kacir setelah mereka mendapat tahu zombi telah mula menyerang. Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berusaha hendak menentang zombi ini. Tetapi mereka terlebih dahulu diserang oleh Kamariah. Apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah?

Jom kita tengok video kat atas ni, apa pendapat penonton yang dah menonton filem ini. Lets go!

Poster Filem Zombi Kilang Biskut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jamie Foxx Bakal Buat Persembahan di Laureus World Sports Awards

Penyanyi Bienda Hamil Anak Kedua