in ,

Video Klip Terbaru Kilafairy Lagu Pasti

Muzik video terbaru untuk single Kilafairy, atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 20 telah pun boleh ditonton di Youtube. Budiey dah pun tonton petang tadi setelah diupload oleh radio Hot FM. Walaupun mengidam untuk merakam sebuah album yang ada lagu Bollywood, Kilafairy terpaksa akur dengan permintaan pasaran kini yang mahukan lagu yang lebih moden iaitu R&B atau pop.

Lagu pasti sebuah lagu yang dicipta oleh Amylea Azizan. Lagu ini dicipta khusus untuk Kilafairy yang mahu mencuba irama R&B soul dan ini adalah sebahagian strategi pemasaran untuk mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi. Dalam pada itu, lagu Pasti juga mempunyai versi bahasa Inggeris dengan menggunakan judul Always Be.

Demi kepuasan diri, pelakon Kilafairy menganggap sudah tiba masanya untuk dia muncul dengan sebuah lagu seperti Bollywood untuk kepuasan dirinya sendiri.

Kilafairy, berkata, dia begitu teringin untuk memiliki lagu berkonsepkan sedemikian kerana meminati muzik itu sejak kecil lagi.

“Diakui saya memang ‘gila’ dengan lagu-lagu Bollywood. Cakaplah lagu apa sahaja, saya boleh membawakannya dengan baik.

“Sebab itu saya teringin untuk merakam sebuah single lagu Bollywood. Mana tahu, lagu yang saya bawakan itu mampu menarik perhatian peminat-peminat tegar Bollywood,” selorohnya.

Tambah Kilafairy, dia menganggap memiliki darah keturunan Pakistan juga mungkin menjadi salah satu punca dia meminati muzik tersebut.

“Sebelum keluar dengan lagu Bollywood, saya perlu memastikan bahawa peminat-peminat sukakan saya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

“Ini hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran dan oleh itu saya meminta bantuan Amylea untuk menghasilkan lagu Pasti.

“Lagu tersebut adalah genre ‘R&B Soul’ dan saya harap para peminat menyukainya,” ujar Kilafairy yang juga pernah tampil bersama kumpulan Roman menerusi lagu Bila Terasa.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gossip Remy Ishak Keluar Makan Malam Dengan Maya Karin

Gossip Ana Dahlia Curang Cetus Konflik Rumahtangga Chef Riz