in ,

Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila

MURAH betul rezeki pelakon muda, Scha Alyahya. Ini kerana Cik Normah dapat tahu tawaran yang kunjung tiba dalam kerjaya seninya tak henti-henti.

Scha baru saja selesai menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif Rosli dengan pelakonnya seperti Rosyam Nor dan Beego. Filem Libas itu kalau tak silap Cik Normah berkaitan permainan sepak takraw.

3394452587 Be00Db83D8 | 4

Baru-baru ini kumpulan Hujan menawarkan peluang kepada Scha untuk muncul dalam klip video mereka. Cik Normah kurang pasti lagu apa. Ada kemungkinan lagu baru kumpulan itu. Khabarnya, klip video itu akan menjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.

Cik Normah dapat tahu aktor Indonesia, Fauzi Baadila yang pernah berlakon 9 Naga, Love dan Tentang Dia dilaporkan menjadi hero untuk beraksi di sisi Scha dalam klip video itu nanti. Veejay Channel (V), Nicholas Saputra pun akan membuat liputan di sebalik pembikinan klip video itu.    

Namun, hingga saat ini, Cik Normah belum pasti bila Scha akan ke Bandung. Mungkin dalam masa terdekat ini kot! Cik Normah rasa projek ini mungkin seperti yang pernah dilakukan Channel (V) terhadap kumpulan Bunkface apabila ketika menghasilkan klip video lagu Bunk Anthem. Kalau bukan, mungkin juga itu adalah sebahagian daripada perancangan kumpulan Hujan sendiri.

Cik Normah juga diberitahu yang Scha akan menjadi semakin sibuk apabila ada laporan mengatakan penggambaran drama bersiri Awan Dania musim kedua bermula tidak lama lagi.

3408805419 4Be6B538Be | 5

Dalam sibuk bekerja, Cik Normah tertanya-tanya, macam mana hubungan Scha dengan Fahrin:? Betul ke, sudah ada perancangan untuk ‘mendirikan masjid’? Kalau betul, Cik Normah teringin nak merasai nasi minyak Scha dan Fahrin. Jangan lupa jemput Cik Normah!

Dipetik dari Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Isteri Penyanyi Larang Suaminya Pegang Tangan

Gossip Penyanyi Wanita Ada Skandal Ketika Masih Jadi Isteri