Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Video Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular, Mujur Nabila Sempat Padam

Belum reda isu rentas negeri dan karpet, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang ditetapkan.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila telah tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari tadi. Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.

“1 Syawal yang penuh mulia,”

– NOOR NABILA

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

Tangkap layar Noor Nabila tular dalam laman Twitter.

“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.

“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.

Terdahulu, kerajaan menerusi SOP yang diputuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu Shaarnaz Ahmad. Bagaimanapun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama apabila telah bercrai sekitar Julai tahun lalu. Hasil pernikahan Nabila dan Sharnaaz mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version