in

Video Interview With Backstreet Boys Concert Twin Towers Alive 2013

Video Interview With Backstreet Boys Concert Twin Towers Alive 2013

Sidang media sempena persembahan Twin Towers @Live 2013 di Hotel Hilton Sentral telah berlangsung pada jam 3 petang semalam.

Kumpulan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Backstreet Boys (BSB) berjanji untuk kembali ke Malaysia bagi mengadakan siri jelajah konsert jelajah mereka pada tahun hadapan.

Salah seorang anggotanya, Brian Littrell berkata, perancangan itu dibuat bersempena kemunculan album terbaharu mereka yang dijangka akan berada di pasaran penghujung tahun ini.

“Kedatangan kami ke Malaysia sebelum ini hanya untuk masa singkat dan tidak berpeluang untuk mendekati peminat dalam sebuah konsert besar. Sudah tentu pada jelajah konsert kami seterusnya, Malaysia akan tersenarai dalam jadual kami.”

Selain Brian, BSB turut dianggotai oleh AJ McLean, Howie Dorough, Kevin Richardson dan Nick Carter.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu As Long As You Love Me itu bakal membuat persembahan untuk acara itu pada malam ini, Sabtu di Plaza KLCC di samping artis seperti 2NE1, Mizz Nina, Caprice dan K-Town Clan.

Dalam pada itu, Brian berkata, pada persembahan selama satu jam itu mereka akan menyampaikan semua lagu terbaik BSB buat peminat mereka.

“Kami akan cuba sampaikan semua lagu terbaik kami sepanjang 20 tahun menjadi rakaman dan tidak sabar untuk bertemu dengan peminat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nick memberitahu mereka teruja apabila bakal dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame pada 22 April depan di Los Angeles.

Menurut Nick, ia adalah penghargaan terbesar buat mereka sepanjang 20 tahun terlibat dalam industri hiburan.

“Kami sangat teruja dengan penganugerahan itu kerana nama-nama besar seperti Micheal Jackson, The Beatles, Elvis Presley antara yang pernah dianugerahkan dengan bintang di situ dan kami akan terpahat bersama nama-nama besar itu,” ujarnya. Layari: Mstar Online

Backstreet Boys

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Tanah Merah Lakonan Zara Zya

Pertarungan Lawak Bintang Mencari Bintang Kumpulan A