in

Video Aku Adalah Aku & Putus Melda Ahmad

Tak siapa sangka, gadis kecil molek, Nur Imelda Ahmad atau Melda yang dulunya cuma gadis biasa yang pemalu, kini mula dikenali ramai dengan bakat terpendam dalam bidang muzik. Namun bakatnya setinggi gunung. Boleh cipta lagu dan nyanyi lagu sendiri. Video lagu Putus dan Kimia yang dinyanyikan tanpa menonjolkan identitinya ditonton lebih 200,000 pengunjung.

Sekelip mata, Melda mendapat peluang besar menonjolkan bakatnya dalam drama TV Gadis Semasa. Selain berlakon dan diberi peluang untuk transform dirinya menjadi lebih hebat hasil runding cara Wardina Safiyyah dan Bambang, Melda juga bertuah kerana dapat mendampingi komposer popular, Ajai yang menurunkan ilmu kepadanya.

Dari drama TV, Melda Ahmad terkejut apabila Sunsilk memberi peluangnya untuk berada di pentas konsert yang lebih besar. Langkah Melda dilihat agak senang untuk popular dan seterusnya bergelar penyanyi. Di konsert itu, Melda akan nyanyi 3 buah lagu termasuklah single terbaru, Aku Adalah Aku yang ditulis oleh Melda bersama Ajai sebagai terjemahan perjalanan hidupnya.

Semasa sidang media mengumumkan Konsert Gadis Semasa Sunsilk di Hard Rock minggu lalu, Budiey sempat merakam video Aku Tetap Aku & Putus Melda Ahmad serta video sekitar majlis itu berlangsung.

VIDEO LAGU AKU ADALAH AKU

VIDEO LAGU PUTUS

Melda yang tampil sebagai penyanyi utama akan menyanyikan lagu Aku Adalah Aku, Putus dan Kimia. Dia turut berkongsi pentas dengan penyanyi popular lain iaitu Yuna, Ella, Hujan dan One Nation Emcees.

“Lagu ini sedikit sebanyak menceritakan perubahan saya dari gadis pemalu ke gadis yang berkeyakinan untuk mempamerkan bakat. Aku Adalah Aku juga ekspresi keazaman mengejar impian dalam bidang muzik yang selama ini hanya menjadi angan semata-mata. Konsert ini adalah kemuncak perjalanan saya bersama Gadis Semasa Sunsilk, sekali gus memenuhi impian saya untuk bergelar penyanyi. Ia juga satu cara menyeronokkan untuk berhubung dan berkongsi muzik saya dengan peminat yang menyokong selama ini.”

Bagi Melda, hanya satu impiannya yang belum terlaksana iaitu merakamkan album yang mendapat sentuhannya sendiri.

“Sudah tentu saya ingin memiliki album, namun saya akan menghabiskan pengajian diploma dalam bidang muzik terlebih dahulu.”

Konsert Gadis Semasa Sunsilk akan berlangsung pada 16 April ini di Orange Club berhampiran Pavilion. Untuk info lanjut tentang tiket, sila rujuk di Facebook Gadis Semasa Sunsilk.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA PENGUMUMAN KONSERT GADIS SEMASA SUNSILK

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dapatkan Premium Beautiful Langsingkan Badan

AirAsia MAGNIFICENT MALAYSIA, INDONESIA and THAILAND