in , ,

Versi Mat Kilau Di Netflix, Versi Tanpa Sensor Dengan Kesalahan Fakta?

Filem Mat Kilau berjaya mencetuskan gelombangnya buat kali kedua apabila ditayangkan di laman Netflix bermula 16 September.

Namun, selepas itu tercetus pula isu kesalahan fakta yang besar sehingga menjadikan filem ini lari dari fakta sebenar.

Dalam satu babak, disebutkan tentang nama Abdullah bin Mubarak yang dikatakan sahabat Nabi tetapi tidak. Wakil Studio Kembara telah tampil memberi penjelasan melalui satu post di Facebook Halim Abdulrahman Halim.

Versi Mat Kilau Di Netflix, Versi Tanpa Sensor Dengan Kesalahan Fakta?

Assalamualaikum Tuan Halim. Saya daripada Tim Studio Kembara. 

Terima kasih atas pembetulan tentang Abdullah bin Mubarak. Usaha murni ini amatlah penting untuk memastikan displin ilmu ke arah terus di pelihara keaslian dan kefahaman yang benar kepada masyarakat kita. Sebenarnya bahagian ini telah disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah. 

Dan semua tayangan pagawam hanya menyiarkan filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. 

Untuk tayangan Netlix, kami baru maklum bahawa ada sedikit kekeliruan file dan kami sedang minta Netflix untuk menayangkan Filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. 

Segala tulisan Tn Halim terhadap Filem Mat Kilau kami ambil positif untuk menambahbaik produksi seterusnya. Jazakumullah khairan jaza’ Semoga terus menegur untuk kebaikan bersama.

Nampaknya, kesalahan tak sengaja ini rupanya menyebabkan kesemua penonton telah menonton versi uncencored yang mempunyai perbezaan dari apa yang ditonton di pawagam.

Mat Kilau kini boleh distrim di Netflix dan turut boleh ditonton di pawagam yang terpilih.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

P. RADHI

P. Radhi Teruja Lagu Cover TIARA Versi P. Ramlee Terima Sambutan

JAYA

Yayasan Sutra Bakal Persembahkan Jaya Ram, Produksi Odissi Terbesar