in ,

Izara Aishah di Veet Mega Model Search 2015

Sekiranya anda mempunyai gaya serta impian untuk manjadi seorang model, Veet menawarkan peluang keemasan ini kepada gadis-gadis Malaysia untuk bergaya dan menyerlahkan diri mereka dalam Veet Mega Model Search buat pertama kalinya diadakan! Setiap gadis memerlukan platform yang dapat membuka peluang kepada glamor dan untuk memahat nama, yang mana Veet Mega Model Search 2015 direka khas untuk membantu mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai seorang model.

Artis dan pelakon popular, Izara Aishah adalah contoh terbaik – dia dipilih sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Sejak itu, dia telah membintangi banyak rancangan TV, antaranya adalah Keranamu Laila, Vanila Coklat dan Oh My English! Dia juga kini merupakan duta Veet. Ini menunjukkan bahawa untuk menjadi terkenal, mereka perlulah diberikan platform yang sesuai untuk bersinar dalam arena populariti.

Izara Aishah (Popular Artiste, Actress And Veet Ambassador)

Tampilkan gaya anda dalam Veet Mega Model Search 2015

Begitu jugalah dengan supermodel dan pelakon Amber Chia yang menarik minat pasaran antarabangsa apabila dia dipilih oleh Paul Marciano untuk menjadi model kempen Jam Tangan Guess pada tahun 2004. Peluang sekali seumur hidup ini membolehkannya menembusi media lain seperti filem dan televisyen, dan Amber juga merupakan pengasas sekolah modelling elit Malaysia, iaitu Amber Chia Academy.

Pencarian model ini terbuka kepada gadis-gadis Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun yang mengimpi menjadi ‘wajah’ baharu dalam industri modelling. Apa yang anda perlu, hanyalah beli mana-mana produk Veet (simpan resit sebagai bukti pembelian), hantarkan gambar terkini anda (1 gambar muka dan 1 gambar penuh) ke www.veetmodelsearch.my dan berpeluang untuk memenangi pengalaman seumur hidup. Sepuluh orang finalis Veet Mega Model Search 2015 akan menghadiri kursus intensif modelling dan solekan serta mengambil bahagian dalam sesi pengambaran. Pemenang nanti akan dinobatkan di Grand Finale, yang akan dihadiri oleh tetamu dan rakan media. Hadiah-hadiah yang bakal ditawarkan adalah seperti berikut:

Pemenang Hadiah Utama
• Wang tunai RM10,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM1,000 + Gelaran juara Veet Mega Model Search + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM8,500 + Penggambaran dua muka surat majalah bersama Izara Aishah dan Amber Chia

Pemenang Tempat Kedua
• Wang tunai RM5,000 + Produk Reckitt Benckiser RM800 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM5000

Pemenang Tempat Ketiga
• Wang tunai RM3,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM500 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM3,000

Bukan itu sahaja, sepuluh orang finalis juga akan berpeluang untuk dipilih oleh Amber Chia Academy untuk kemasukan terus ke sesi ujibakat Malaysia Supermodel Search 2015.

Veet Mega Model Search 2015 Key Visual

Tatkala membincangkan tentang keyakinan, semestinya Veet mengetahui dan memahami makna keyakinan. Sebagai salah satu jenama terkemuka dunia dalam depilatori, Veet yang mempunyai lebih dari 80 tahun kepakaran dan pengalaman, merupakan salah satu jenama terkemuka dalam produk penanggalan bulu untuk wanita. Wanita yang mencari produk yang berkesan dan mudah digunakan akan menyukai Veet, yang menawarkan rangkaian produk komprehensif yang direka khas untuk membolehkan wanita mendapat kulit yang licin dan tahan lebih lama. Keyakinan diri datang dari dalam dan Veet membantu memperkasakan wanita di seluruh dunia dengan membolehkan mereka merasai kecantikannya dengan sepenuhnya.

En. Abhishek Chuckarbutty, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia & Singapura berkata,

“Kami dari RB dan Veet ingin memberikan gadis-gadis di Malaysia satu platform yang tidak pernah ditawarkan lagi untuk mereka menunjukkan keyakinan diri melalui Veet Mega Model Search 2015. Dengan Veet, mereka kini boleh memiliki kulit yang licin dan lembut, tanpa rasa kasar, maka memberikan mereka keyakinan untuk melangkah keluar dengan penuh rasa yakin.”

Duta Veet Izara Aishah juga berkongsi yang berikut,

“Terima kasih kepada Veet. Kini saya boleh tampil cantik sentiasa sambil memastikan yang kulit saya kekal licin dan lembut. Saya tidak suka menggunakan pisau cukur kerana mencukur itu menyebabkan rambut tumbuh dengan kasar dan berisiko untuk luka. Dengan Veet, penanggalan bulu sungguh mudah; saya hanya perlu menyapu, menunggu dan bilas! Produk kegemaran saya semestinya Hair Removal Cream for Normal Skin dalam bungkusan merah jambu. Wangian Susu Teratai dan Bunga Melati membuat kulit saya wangi! Saya harap gadis-gadis Malaysia mengambil peluang daripada Veet Mega Model Search 2015 ini untuk mengambil satu langkah menghampiri impian mereka, sama seperti saya semasa saya menyertai Dewi Remaja pada tahun 2009 dahulu.”

Izara Aishah And Amber Chia

“Ketika saya baru bermula dalam industri ini, saya tidak mempunyai mentor untuk membimbing saya. Walau bagaimana pun, saya terus berjuang untuk mencapai impian saya dan saya lega yang saya bernasib baik kerana menerima banyak peluang yang menarik. Finalis-finalis Veet Mega Model Search 2015 nanti akan menerima kelas pengayaan peribadi daripada saya, supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyerlah di pentas peragaan nanti. Saya mahu gadis-gadis Malaysia tahu bahawa mereka boleh mencapai bintang dan menjadi terkenal, asalkan mereka fokus untuk mencapainya,” kata Amber Chia, yang mengetuai Amber Chia Academy.

Ambillah langkah pertama ke arah mencapai impian anda untuk menjadi supermodel Malaysia yang berikutnya. Kuasakan diri dan serlahkan keyakinan anda dengan menyertai Veet Mega Model Search 2015.

Veet Mega Model Search 2015 berbuka untuk pemohonan sekarang! Berkerjasama dengan Guardian Malaysia, Veet juga akan mengadakan roadshow untuk pemohonan di universiti-universti yang tertentu. Layari www.veetmodelsearch.my untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Veet Mega Model Search 2015, roadshow dan tarikh tutup.

Tentang Roadshow Veet Mega Model Search 2015

Roadshow Veet Mega Model Search 2015 akan berlangsung dari 3hb Mac 2015 ke 26hb Mac 2015 di tempat-tempat yang tertentu seperti senarai di bawah:
i. UPM (9hb Mac 2015)
ii. Taylor’s University (10hb – 11hb Mac 2015)
iii. MAHSA PJ (12hb Mac 2015)
iv. UCSI Cheras (17hb – 18hb Mac 2015)
v. HELP University (19hb Mac 2015)
vi. UTAR (24hb – 25hb Mac 2015)
vii. Asia Metropolitan University (26hb Mac 2015)
viii. Inti Nilai (30hb Mac 2015 – 31hb Mac 2015)

Tentang tarikh dan lokasi mungkin akan berubah atas sebab situasi yang tidak dapat dijangkakan. Rujuk laman web (www.veetmodelsearch.my) dan Facebook Veet Malaysia untuk pengumuman terkini tentang lokasi dan tarikh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marion Caunter | 23

Gambar Marion Caunter di Burberry Prorsum Womenswear Autumn/Winter 2015

Ujibakat Pencarian Pengulas Sukan Anjuran TV3 & TV9