in , ,

Hyunmin-A Temui VAKSIN Selepas Lebih Enam Tahun Menyepi Dari Seni Suara

Tarikh 21.01.21 menjadi pilihan anak seni bernama Hyunmin-A untuk memasarkan VAKSIN secara global yang diedarkan oleh Believe Music. Selepas hampir 6 tahun tiada menghasilkan lagu, anak jati Johor yang mendapat didikan sebagai penyanyi di Korea muncul dengan single terbaru berjudul VAKSIN.

Menariknya, lagu VAKSIN dicipta dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Korea. Lebih istimewa lagi, lagu ini digubah oleh anak seni yang cacat penglihatan bernama Mahathir Vai yang mencipta nama sebagai pemuzik terkenal bersama kumpulan dari Johor, One Avenue Band. 

Menerusi VAKSIN, Mahathir Vai yang bertindak selaku produser muzik bersama Hyunmin-A berganding bahu bersama komposer baru, Afzad Bae yang turut berasal dari selatan tanahair. Lirik pula ditulis oleh Afzad Bae berdasarkan kisah hidup masyarakat sekeliling yang mana lirik dalam bahasa Korea ditulis oleh Hyunmin-A sendiri. 

Muzik Video VAKSIN menarik perhatian ramai apabila menggunakan konsep webtoon yang jalan ceritanya lebih dekat dengan peristiwa terkini masyarakat dunia yang berperang dengan pandemik COVID-19. Ilustrasi webtoon ini dihasilkan oleh gadis muda dari Johor yang baru saja berusia 16 tahun dengan nama Bella.w55. 

VAKSINCOVER

Untuk mendengar dan memuat turun VAKSIN, anda boleh mendapatkannya di semua aplikasi muzik bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jangan lepaskan peluang untuk menonton dan mendengar VAKSIN kerana ia penuh dengan mesej yang wajar dikongsi bersama. 

HYUNMIN-A3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Calitan Di Dubur Didakwa Lebih Tepat

Hampir Meragut Nyawa, Azizan Osman Kongsi Pengalaman Perit Dijangkiti Covid-19