in , ,

“Vaksin Ke Tak, Saya Tetap Tak Boleh Berlakon,” – Lana Nodin Balik Amerika Syarikat

Pada hari ini, heboh diperkatakan netizen tentang isu mengenai pelakon Lana Nodin yang dikatakan tidak dapat menyambung penggambaran drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard kerana masih belum menerima vaksin Covid-19.

Orang seni kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan telah mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, semalam.

Namun begitu, timbul pula isu mengenai pelakon Lana Nodin yang dikatakan tidak dapat menyambung penggambaran drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard kerana masih belum menerima vaksin Covid-19.

Memetik laporan Kosmo! Online, bagaimanapun pemilik nama Mazlina Hasan Nodin itu menjelaskan terdapat salah faham sehingga mengelirukan orang ramai.

“Sebenarnya pihak produksi nak sambung lagi 13 episod bagi musim terbaharu selepas sudah diberi kebenaran melakukan penggambaran.

“Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini.

“Bukan sebab saya belum v4ksin. Jadi saya memang terpaksa tolak tawaran tersebut dan mereka kini sedang mencari pelakon lain yang sesuai bagi menggantikan watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini,” katanya.

– Lana Nodin

Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia bukannya tidak mahu mengambil v4ksin tetapi anak bongsunya William Daud Mckienzie yang menghidap peny4kit j4ntung sejak lahir perlu menyvsu b4dan sehingga November.

“Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,”

– Lana Nodin

Selain itu, Lana juga berkata dia bukan antivaksin seperti tuduhan dilemparkan netizen sebaliknya akan mengambil suntikan di luar negara namun bukan dalam masa terdekat.

“V4ksin ke tak v4ksin ke saya tetap tak boleh berlakon kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini. Saya akan ambil di sana nanti bersama suami.

“Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil v4ksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,”

– Lana Nodin

Terdahulu, Lana mengundang kontroversi dan kecaman warganet apabila menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NR Bersama Rakan Jayakan Program Amal NR4FRIDAYS Peka COVID-19

TRAVEL

Lazada Dedahkan Tawaran Tengah Malam Eksklusif Baharu Sempena Jualan 9.9