in , ,

Ustaz Ebit Lew Sewakan Rumah Baru, Pondok Usang Bakal Dirobohkan

Ustaz Ebit Lew antara insan yang dilihat paling giat menjalankan kerja-kerja kemanusiaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Namun, dalam pada masa yang sama ada segelintir individu dilihat kurang senang dengan niat baik Ustaz Ebit Lew ini.

Keluarga Ishak Darus antara golongan yang mendapat perhatian daripada Ustaz Ebit Lew. Dari Kuala Lumpur turun ke Kedah, pendakwah berkenaan membantu menyewakan sebuah rumah yang mempunyai lima buah bilik demi keselesaan Ishak Darus sekeluarga yang sebelum ini hanya berteduh di rumah usang sahaja.

Selepas nasib keluarga Ishak Darus atau mesra dengan panggilan Pak Aq mendapat perhatian Ustaz Ebit dan rakyat Malaysia, timbul pula dakwaan-dakwaan yang agak tidak menyenangkan.

Walau bagaimanapun, dakwaan-dakwaan tersebut ditepis kembali oleh orang ramai dan menganggap pertolongan Ustaz Ebit Lew ini adalah satu rahmat buat keluarga Pak Aq untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berpandangan semua pihak tidak perlu berprasangka negat1if dengan meng3cam individu mahu pun persatuan yang cuba menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika negara menghadapi wab4k Covi1d-19.

Menurut Zahida ini termasuklah kerja amal yang dilakukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara.

“Malangnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

“Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negat1if hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Jangan patahkan semangat Ebit Lew’.

Berikut pula  coretan dari FB Mohd Fadli Salleh

Insan ini dihina. Insan ini dicemuh. Insan ini disindir. Insan ini dimaki.

Kerana apa?

Kerana beliau membantu orang. Kerana beliau turun padang. Beliau dicerca. Dituduh semua perbuatannya itu haram. Tuduhan pula oleh seorang yang kononnya ustaz.

Tindak tanduk beliau dikecam. Kereta yang beliau pakai dipertikaikan.

Mereka hendak dia pakai kereta Datsun buruk yang aircond pun tiada, meter pun rosak. Mereka fikir, orang yang turun membantu orang, orang yang berjuang dijalan kebajikan harus papa kedana juga.

Mereka fikir dia tidak boleh nikm4ti apa-apa kemewahan walau dari titik peluh dan usaha dia sendiri.

Tuduhan dan f1tn4h dilemparkan. Dikatakan mencari populariti. Dikatakan meraih simpati. Dikatakan menyalah guna sumbangan untuk kepentingan sendiri.

Apa beliau berhenti?

Tidak. Beliau tahu dan benar-benar faham jalan ini penuh ujian.

Beliau tahu sangat ramai orang berharap menjadi seperti beliau, tapi mereka tidak mampu. Maka mereka akan menjadi pendengki.

Beliau tahu, sebaik beliau berhenti mereka akan menang dan beribu orang akan kebuluran.

Beliau tahu, saat beliau melayan semua tohmahan, semua kebajikan yang beliau jalankan akan turut sama terkesan.

Maka beliau senyum dan diam.

Beliau berdakwah dengan tindakan. Turun dan menyantuni.

Beliau berdakwah dengan kata-kata. Saat beliau turun menegur dan menyapa.

Dan beliau memberi inspirasi kepada jutaan manusia diluar sana untuk sama-sama menurut jejak beliau.

Membantu sesiapa tanpa syarat. Menyebar kasih sayang yang sarat.

Diam beliau bukan kerana tidak mampu menjawab. Tapi diam beliau kerana beliau singa seperti syair Imam As Syafie :

“Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah satu jawapan.

Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan,

tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayan kerenah anjing.”

Sahabatku Ustaz Ebit Lew…

Jalan ini tidak mudah. Penuh dengan ranjau dan duri. Penuh dengan caci maki. Penuh dengan orang yang dengki.

Aku tahu kau lebih mengerti. Dan aku juga kini mengerti. Kerana kita sama-sama berada dijalan ini.

Terus kuat sahabat. Kuat seperti biasa. Dan terus saja menjadi singa.

Ikhlas dari,

Mohd Fadli Salleh,

Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

#MFS

Berikut reaksi netizan

Izzati Ty Kate2 yg x baik tu dugaan tuk kite jugak….biase la…..zaman f1tn4h….jd bek la same2 doakan die dn ustaz…..marah pun x gune…..elok2 die je ade peny4kit hati….nnt kite pun bjangkit skali…semoga urusan ustaz e.l dipermudahakn….n semoga org2 yg sakit hati dibuka hati2 mereka….

‘Jika tidak mampu menjadi garam janganlah menjadi langau yang boleh merosakkan ikan’. Teruskan berbuat baik dengan cara kita sendiri. Hanya Allah yg maha tahu semuanya… Teruskan berfikiran positive dan abaikan yg negative. Semoga Allah memberkati semua usaha dan pengabdian kita.

Dalila Dila Semoga ustaz dberi kesihatan yg baik,kekuatan utk membuat kebajikan…Allah sentiasa bersama ustaz .

Dalam pada itu, Pu Amin juga memberi pendapat yang sama 

Ajar hati untuk sangka baik. Biar sentiasa tenang dan bahagia. Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah,mencari madu dan penawar walau ditempat sampah,bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau dimana dia berada.

K’jaan Kedah perjelas kisah keluarga dikongsi Ebit Liew

Kerajaan Kedah hari ini memberi penjelasan berhubung isu sebuah keluarga tinggal dalam rumah usang dan kotor di Lorong Gedebang, Mukim Derga di Alor Setar yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas Ebit Lew di laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew berkata keluarga itu sebelum ini telah ditawarkan berpindah ke dua rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu.

“Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah semalam.

“Mereka ini memang sudah mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak sekian lama dan kebajikan mereka terjaga, termasuk dibantu pihak masjid berdekatan,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Semalam, Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga itu berkongsi catatan di Facebook mengenai keluarga tersebut selain memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar.

Perkongsian di laman media sosial itu menarik perhatian netizen dan ada yang mempersoal peranan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, JKM dan LZNK selain masyarakat sekeliling dalam membantu keluarga tersebut.

Baru-baru ini terdapat seorang pendakwah dikenali sebagai Abu Syafiq mempertikai tindakan Ebit memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial.

Selain itu, ada juga dalam kalangan segelintir netizen mendakwa Ebit tidak mematuhi penjarakan sosial ketika menyampaikan bantuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reaksi DJ Fuzz Selepas Mengetahui Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Bella Astillah Kini Hamil, Sudah Rujuk Dengan Aliff Aziz?