in , ,

Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Kepada UPSI Sebab Sediakan Bas Percuma

Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pulang mahasiswa universiti tersebut.

Aktivis dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini memohon maaf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di atas usahanya menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa pulang mahasiswa universiti tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan yang dia telah dihubungi oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran secara peribadi yang memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka.

ebit

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu.

– Ustaz Ebit Lew

Jelas Ustaz Ebit, susulan dari itu dia akan menangguhkan dahulu 20 lagi bas yang sepatutnya menghantar mahasiswa dari sana pulang sehinggalah kelulusan diberikan oleh pihak Universiti.

ebit

“Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan,”

– Ustaz Ebit Lew

Meskipun tidak memberikan sebab kenapa beliau perlu membuat permohonan maaf. Namun ramai merasakan ianya berkaitan satu surat rasmi dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI berkaitan SOP yang harus dipatuhi sebelum boleh menghantar pelajar pulang seperti yang turut dikongsikan ustaz Ebit bersama posting berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendapatan Melebihi RM500,000 Sehari, Ed Sheeran Kekal Sebagai Artis Terkaya Di Britain

Bety Benafe Luah Rasa Hati Selepas Bercerai dengan Suami