in , ,

Usop Mohon Maaf Secara Terbuka Gara-Gara Isu Body Shaming Sherry Alhadad

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020.

Usop atau nama sebenarnya,  Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai. 

“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya.

USOP

Sherry pula menggangap perkara itu sekadar gurauan dan tidak mengambil hati terhadap ketelanjuran kata Usop terbabit. 

“Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gurauan,”

– SHERRY

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’. 

USOP

Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Kedua nyanyian asal penyanyi Nabila Razali. 

Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020. 

usop

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. 

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Instagram: @usopofficial, @sherry_alhadad

*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Angie Tan Selaku Ketua JOOX Malaysia

Pendapatan Melebihi RM500,000 Sehari, Ed Sheeran Kekal Sebagai Artis Terkaya Di Britain