in , ,

Usop Lancar Single Berjudul PENCINTA SETIAMU

Lari Dari Kebiasaan, Penyanyi Muda Berbakat Besar Kembali Dengan Single Terbaharu Yang Rancak Dan Mencuit Hati

Setelah berjaya meraih tontonan sebanyak ​18 dan ​15 juta menerusi lagu ‘Selamanya’ dan ‘Aku Yang Bersalah’ di laman YouTube Rocketfuel Network, penyanyi muda berbakat besar yang berasal dari Kulim, Kedah dan merupakan Naib Juara rancangan Mentor Milenia 2017, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Usop kembali mengegarkan industri muzik tanah air sekali lagi dengan single terbaharu berjudul ‘​Pencinta Setiamu​’.

Usop Lancar Single Berjudul PENCINTA SETIAMU
USOP INGIN JADI ‘PENCINTA SETIAMU’

Hasil ciptaan komposer-komposer hebat seperti Aepul Roza, Argo, Sharul Kamal dan Daus SRK, lagu ini lari dari kebiasaan lagu-lagu ballad yang sering dinyanyikan oleh beliau.

Peserta rancangan Big Stage 2020 yang kini sedang giat berlangsung di saluran Astro Ria ini berkata,​

“Lagu ‘Pencipta Setiamumenceritakan tentang seorang jejaka yang merasakan dialah yang paling tampan di kampungnya, dengan berbekalkan kemewahan dan senyuman yang menawan, dia berjaya menggoda beberapa gadis di kampungnya walaupun sudah mempunyai beberapa teman wanita lain.

Saya anggap lagu ini ‘fun’ dengan sedikit elemen yang gila-gila dan mempunyai unsur jenaka yang amat diperlukan tatkala kita berada di dalam fasa PKP yang getir, dan adakalanya kita perlu berhibur untuk menceriakan suasana.”

– Usop

Mengulas lanjut tentang single ini, Usop menerangkan, ​

Idea untuk lagu ini sebenarnya dicetuskan oleh Encik Feros Sayna (Ketua Label Rocketfuel Entertainment) sendiri yang merasakan saya perlu keluar dari zon selesa dan menonjolkan karakter sebenar saya yang lebih kelakar dan mencuit hati.

Maka terhasillah ‘Pencinta Setiamu​ dengan genre ska yang rancak bagi membangkitkan mood ‘happy’ buat sesiapa yang mendengarnya.”

– Usop

Proses rakaman lagu ‘​Pencinta Setiamu​’ yang memakan masa selama sebulan telah pun dilakukan sebelum PKP lagi, beliau memberitahu, ​

Setiap komposer yang terlibat dalam penghasilan lagu ini sangat profesional kerana mereka bijak menaikkan mood dan karakter Usop yang agak pemalu agar lebih bebas dalam merakamkan lagu ini.”

“Saya berharap agar single ini dapat diterima ramai dan menghiburkan semua peminat saya di luar sana dan pencinta muzik tanah air khususnya kerana kali ini saya tampil dengan genre yang lebih ‘happy’ berbanding lagu-lagu saya yang sebelumnya.”

– – Usop

Lagu ‘​Pencinta Setiamu​’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music bermula 28 Ogos 2020. Manakala video lirik dan muzik lagu ‘​Pencinta Setiamu​’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment pada hari yang sama.

Usop Lancar Single Berjudul PENCINTA SETIAMU

Lirik PENCINTA SETIAMU

Title :Pencinta Setiamu

Composer: Argo, Sharul Kamal & Daus SRK

Lirik: Aepul Roza

Artist : Usop

Tanyalah siapa disini paling tampan

Pasti jawabnya jejaka depan mata

Engkau yang bertuah

Jika memiliki

Sepenuhnya jiwa

Akan kuserahkan demi cinta

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu

Dengan senyuman instimewa di wajahku

Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu

Selain aku 

Si pencinta setiamu

Tanyalah siapa disini paling tampan

Pasti jawabnya jejaka depan mata

Engkau yang bertuah

Jika memiliki

Sepenuhnya jiwa

Akan kuserahkan demi cinta

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu

Dengan senyuman instimewa di wajahku

Tiada jejaka yang harus memiliki cintamu

Selain aku 

Si pencinta setiamu

Kita tak mmpu tuk hidup tanpa cinta

Tulis bersama cerita kita

Aku jejaka yang mampu menghapuskan lukamu

Dengan senyuman istimewa di wajahku

Tiada jejaka yang harus memliki cintamu

Selain aku si pencinta setiamu

Selain aku si pencinta setiamu

Usop Lancar Single Berjudul PENCINTA SETIAMU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambut Hari Jadi 15 Kali, Ruhainies Janji Ini Sambutan Terakhir Tahun 2020

Ali Puteh Tidak Menyesal dengan Tindakan Fail Saman Terhadap Kakak Ipar