in , , ,

Uqasha Senrose Tak Kisah Nelydia Langkah Bendul

PELAKON Uqasha Senrose tidak tertekan apabila ada yang mula bertanya bila pula gilirannya akan menamatkan zaman bujang selepas adiknya, Nelydia Senrose bakal berkahwin tidak lama lagi.

Uqasha, 26, ketika ditemui berkata, sudah tertulis adiknya itu bertemu jodoh lebih awal berbanding dirinya.

“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya. Selepas majlis ‘bridal shower’ adik semalam, ramai bertanya bila pula giliran saya.

“Apatah lagi pada sesi Nelydia baling bunga saya yang dapat. Kebetulan semua yang berada di situ sudah berpunya kecuali saya.

“Justeru, mereka beri ruang kepada saya untuk pastikan dapat bunga itu,”

– Uqasha Senrose

Uqasha Senrose ditemubual oleh wartawan Harian Metro semasa sessi tayangan media Astro First Ekslusif, SAYA JUAL YE BANG di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-bari ini.

Uqasha Senrose

Uqasha berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup.

Tidak kisah soal status atau pangkat, Uqasha berharap biarlah lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak seorang yang memahami dan boleh menerima dirinya seadanya.

“Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Apa yang pernah berlaku kepada diri saya dulu, saya tidak mahu ada yang menghukum.

“Saya berharap pengalaman itu beri peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik.

“Saya tidak letak sebarang ciri-ciri idaman, cukup jika dia terima diri ini,” katanya.

– Uqasha Senrose

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Getir Hidup Marsha dalam Lagu BIMBANG

[TRAVEL] Sentuhan Mewah Doubletree by Hilton Kuala Lumpur