in

UPM-PNT Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan di Kalangan Masyarakat

Adakah anda mengalami tekanan oksidatif disebabkan kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh sehingga boleh merosakkan sel, protin dan DNA? Tekanan oksidatif seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik seperti barah, kencing manis, Alzheimer dan kardiovaskular. Jadi apa solusinya yang perlu diketahui?

Selain itu, tekanan oksidatif boleh membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.

Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

“Untuk membantu mencari jalan penyelesaian itulah, kami bekerjasama dengan syarikat bioteknologi PNT Research untuk mengkaji potensi mikroalga laut TetraSOD, yang dianggap bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat  mencegah tekanan oksidatif,”

Profesor Dr. Arbakariya Ariff (Ketua Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan atau BBRC daripada Universiti Putra Malaysia (UPM))

Beliau memberitahu sedemikian selepas menandatangani kerjasama antara BBRC UPM dan syarikat bioteknologi PNT Research pada satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka pada Selasa, 22 Disember 2020.

Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

PNT Research adalah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan berfungsi serta nutraseutikal yang berteraskan sains.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain. 

“Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh peningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat daripada penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik,”

– Dr. Arbakariya
Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

Turut hadir Pengarah Urusan PNT Research, Lee Bin Hao (gambar bawah, kanan). Dr. Fadzlie Wong, Penyelidik Bersekutu BBRC dan  Jass Kwa selaku Saintis Penyelidikan  PNT Research.

Majlis menandatangani dokumen turut diraikan bersama oleh Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew serta wakil-wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen. 

Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

Sementara itu, Lee Bin Hao berpendapat kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna. 

“Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD di mana usaha kami akan dibangunkan berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna,”

Lee Bin Hao
Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

Untuk pengetahuan semua, TetraSOD adalah ramuan paling lengkap dan komprehensif untuk kategori nutraseutikal Penuaan Sihat, serta merupakan sumber SOD (superoxide dismutase) yang paling padat di pasaran.

Menurut Dr. Arbakariya, seiring usia kita, penghasilan SOD sebagai agen antioksidatif dalam badan semakin berkurang. 

“SOD, bersama dengan catalase (CAT) dan glutathione peroxidase (GPx), adalah pelindung utama sel terhadap tekanan oksidatif yang merupakan penyebab utama penuaan. 

“Pada masa yang sama, TetraSOD juga mendorong homeostasis redoks yang diperlukan untuk kesinambungan pelbagai proses selular, termasuk reaksi pengurangan oksidasi. TetraSOD juga mengaktifkan ‘NF-E2– related factor 2 (Nrf2) ‘, yang merupakan aliran tindak balas antioksidan dalam sel manusia,”

– Dr. Arbakariya
Upm-Pnt Jalin Kerjasama Untuk Memupuk Kesihatan Di Kalangan Masyarakat

Gabungan dan kerjasama antara syarikat-syarikat berpengalaman itu diyakini mampu mencapai kejayaan apatah lagi UPM merupakan antara universiti terbaik yang kini menduduki tempat ke-28 universtiti terbaik di Asia tahun ini. 

Dan tentu sekali harapan kesemua mereka untuk menyumbang ke arah memupukkan masyarakat  dengan penuaan yang sihat apatah lagi satu dunia berdepan pandemik COVID-19 sekarang ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Margasatwa | 17

Margasatwa Juara Levi’s Music Project Bawa Pulang RM20,000

Trending Viral Hiasan | 18

Todak Melancarkan E-Bengkel Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang