in

Upin & Ipin Top 5 Ranking Dunia Di Facebook

Budiey baru dapat berita terbaru daripada Les’ Copaque Production. Satu kejayaan terkini animasi Upin & Ipin. Melalui laman rasmi Facebook sendiri, pihak Facebook telah mengeluarkan ranking “Fastest growing Pages and most popular media in 2011” dan Upin Ipin telah mendapat tempat ke 5 di dalam kategori “Fictional Characters” sebaris dengan watak-watak antarabangsa yang lain seperti Mr Bean, Doraemon dan Sponge Bob.

Tahniah Budiey ucapkan. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan watak Upin & Ipin sangat diminati dan telah berjaya menarik peminat dari pelbagai negara. Amat membanggakan juga, Upin & Ipin merupakan satu-satunya produk keluaran Malaysia yang tersenaraikan di dalam carta ini. Di bawah adalah link rasmi Facebook yang telah mengeluarkan kenyataan ini.

Selain itu, media online dari Canada juga telah menulis mengenai ranking ini di dalam laman webnya.

Upin Ipin

Upin Ipin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dingin Lavenda Lakonan Eira Syazira Zarina Zainordin Faralyna Idris

Penyanyi ND Lala Disamun 10 Mat Rempit