in ,

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Bulan Ramadan kembali lagi dan beberapa tahun selepas pandemik COVID-19 berlalu, ini merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan semula silaturrahim di samping menambahkan amalan yang mulia.

Sejajar dengan niat baik di bulan penuh keberkatan ini, pihak Universal Music Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi sedikit rezeki sesama masyarakat.

Untuk itu, pihak Universal Music Malaysia tahun ini berbesar hati dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelajar maahad tahfiz dari Pusat Tahfiz DARUS SYABAB di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Majlis ini semestinya telah diserikan dengan kehadiran para artis naungan Universal Music Malaysia yang turut membuat persembahan. 

Antaranya adalah kumpulan Insomnicaks, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, Syafiq Abdilah, Nadia Rosli, Meer Nash, Da Unknown, Rief Daniel, serta kumpulan DOLLA.

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Malam itu turut mencipta sejarah buat kumpulan Insomniacks yang pertama kalinya melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul ‘Lagu Raya’ sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Begitu juga dengan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang pernah mencipta fenomena lewat lagu ‘Casablanca’ tidak ketinggalan melancarkan karya duet terbaharu mereka yang berjudul ‘Iktikaf’. 

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Tidak lupa juga dengan kemunculan single raya terbaru dari Elizabeth Tan dan juga Diana Danielle yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi khas buat para peminat dan bagi semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Di samping dihibur para artis dengan persembahan nyanyian sambil menikmati aneka juadah berbuka puasa yang lazat, para pelajar Maahad Tahfiz Darus Syabab turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan dan artis Universal Music Malaysia.

Universal Music & Hotel Royal Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz

Turut memeriahkan malam tersebut adalah pihak pengurusan atasan Universal Music Malaysia yang terdiri daripada Cik Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng, Pengarah A&R, Pemasaran & Promosi, Universal Music Malaysia serta Ketua Def Jam Recordings Malaysia, Encik Ivan Koh Pengarah Kanan, Strategi Digital & Komersial, Universal Music Malaysia, Cik Patrina Wong, Pengarah Kewangan dan Operasi, Malaysia & Singapura serta Encik Brandon Chan ketua Perniagaan Baru.

Semoga acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara karyawan seni muzik dan masyarakat umum.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Plong! Lancar Single KENCANA, Membawa Era Baru New Wave Nusantara

THE POPE'S EXORCIST

Peraduan Menangi Pas Premiere Menonton Filem THE POPE’S EXORCIST