in , ,

Universal Music Bangga Dengan Kejayaan Dolla, Fattah Amin, Khai Bahar & Aina Abdul di ABPBH34

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) melabuhkan tirainya dengan penuh jaya dan warna warni. Kali ini menyaksikan empat artis Universal Music telah berjaya menjulang trofi kemenangan. Tahniah buat Dolla, Fattah Amin, Khai Bahar & Aina Abdul.

Acara berprestij yang dinanti-nantikan setiap tahun, ABPBH menyaksikan beberapa pemenang baharu dan lama sekaligus membuktikan populariti memang milik mereka.

Menepati ramalan ramai pihak, ‘band girl’ DOLLA yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby unggul menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Biarpun DOLLA muncul ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), itu tidak menghalang DOLLA mengumpul peminat tersendiri.

Malah, DOLLA yang hadir dengan pakej lengkap bukan saja dari segi penampilan, tapi bakat nyanyian yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Buktinya, kesemua single yang dilancarkan sepanjang tempoh dua tahun ini mendapat maklum balas positif.

TFQ-43

DOLLA yang mula dikenali menerusi lagu Dolla Make You Wanna menyifatkan kejayaan sulung pada pentas ABPBH 34 adalah pembakar semangat mereka untuk terus memberikan yang terbaik pada industri dan peminat muzik tanah air.

“DOLLA sangat bebesar hati sebab dapat peluang untuk menang kategori Artis Baharu Wanita Popular. Kami berasakan semua calon lain dalam kategori ini hebat dan layak untuk menang. Tapi, apabila kami diumumkan pemenang, rasa sangat bersyukur kepada peminat iaitu iDollas yang sudah mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,” kata mereka.

Menurut DOLLA, mereka berharap peminat akan terus memberikan sokongan pada setiap projek yang bakal dilancarkan.

“DOLLA akan terus berusaha untuk buat yang terbaik untuk iDollas dan harap itu boleh menjadi cara untuk ‘give back’ kepada mereka atas usaha dan kerja keras mereka mengundi. Harap semua orang boleh menantikan projek baru kami yang akan datang tidak lama lagi,” katanya.

Bagi penyanyi dan pelakon, Fattah Amin, dia tidak menjangka memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular apatah lagi kategori itu turut mencalonkan empat pelakon hebat lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri.

Kali terakhir Fattah yang popular menerusi lagu Wanita Terindah menang kategori sama adalah pada ABPBH 32 pada 2019.

“Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan kejayaan ini. Saya tidak sangka menang kategori ini buat kali kedua. Terima kasih peminat dan penyokong kerjaya seni saya dari dulu hingga sekarang.

“Biarpun berdepan nasib kurang baik apabila filem ini ditayangkan pada era pandemik Covid-19 hingga tidak ramai berani masuk pawagam, ada hikmah atas semua yang terjadi. Saya beroleh rezeki lain dengan kemenangan pada acara festival filem luar negara. Sekarang, ABPBH 34 pula tertulis rezeki ini,” katanya.

Dalam masa sama, Fattah berkata, kemenangan itu adalah suntikan semangat untuknya terus bekerja keras dan memperbaiki kelemahan diri.

“Apabila dicalonkan dan menang, ini menunjukkan masih ada peminat yang menyokong dan mengambil tahu apa saya lakukan. Ini juga bukti diri ini masih ada permintaan dan dihargai. Kejayaan ini jadi suntikan semangat untuk saya terus bekerja keras dan memperbaiki kelemahan. Ini bukan ruang untuk saya terus selesa dengan apa yang sudah ada.

“Di platform media sosial seperti Instagram (IG), saya sedar dan perasan ada peminat beri sokongan jitu segala yang dilakukan. Begitu juga untuk isteri saya, Nur Fazura,” katanya.

Menariknya, selain menyaksikan kemenangan DOLLA dan Fattah Amin yang juga artis di bawah naungan Universal Music Malaysia, lagu terbitan mereka iaitu Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul turut memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada ABPBH 34.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras kelab peminat saya, Khaibahar Empire, Ainations (kelab peminat Aina) dan peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya kami dari awal sampai sekarang. Tanpa kerja keras mereka, tidak mungkin saya dan Aina berada pada tahap ini,” kata Khai.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, pihaknya sangat bangga dengan kejayaan dan pencapaian diraih dua artis naungan mereka.

“Universal Music Malaysia berasa amat bangga dan terharu dengan kejayaan yang dikecapi artis di bawah kami. Malah, kami menaruh harapan besar bersama DOLLA untuk mereka memajukan lagi kerjaya mereka dengan lebih jauh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOAN

joan Share Vibey Live Video For New Single ‘Right Back’

Selepas 100 Hari Arwah Pergi, Raisuddin Ceritakan Detik Pasang Batu Nisan Siti Sarah