in ,

Uniqlo Malaysia Hadir Dengan Baju-T Bertemakan Street Fighter & TEKKEN

Uniqlo seringkali hadir dengan rekaan baju-t eksklusif bertemakan francais filem atau permainan video yang popular.

Terbaru di bawah jenama baju UT mereka, Uniqlo Malaysia telah hadir dengan baju bertemakan permainan Street Fighter II, TEKKEN 2, Street Fighter 6 dan TEKKEN 8 – Fighting Game Legends.

Street Fighter

  1. Memfokuskan watak Ryu dengan di belakang perubahan rekaan watak Ryu mengikut generasi permainan dalam bentuk logo Street Fighter.
  2. Baju logo Street Fighter II dengan belakang baju menyertakan lakaran idea permainan yang tiada pada mana-mana kolaborasi jenama baju lain.
  3. Baju Street Fighter 6 dengan watak baharu Luke.
UNIQLO - 1

Tekken

  1. Baju Kazuya di hadapan dengan watak tambahan di belakang membawakan rekaan klasik permainan.
  2. Watak King dengan logo Tekken 2.
  3. Terbaru dan terhangat, baju Tekken 8 dengan logo setiap judul dalam permainan yang akan tiba hujung Januari nanti.

Kesemua baju-baju ini iaitu enam rekaan akan mula dijual di semua cawangan Uniqlo bermula 1 Januari 2024. Mereka yang berminat boleh dapatkan sama ada di kedai fizikal atau juga secara atas talian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berpesta Seperti Zaman 80-an di 1-Altitude Melaka Sempena Tahun 2024

FIZA MENINGGAL

Tabung Bantulah Fiza Capai Sasaran, Terima Kasih Rakyat Malaysia