Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

UNIQLO Latest Fall Winter 2012 Collection

UNIQLO membawa keselesaan dan keanggunan musim FW2012 ini

Tampil bersama gaya terkini dengan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2012 terkini UNIQLO. Keanggunan dan keselesaan adalah tema musim dengan barisan baru dan terkini yang akan membantu anda membuat kenyataan fesyen yang berani.

Dikenali kerana menyatukan fesyen dengan fungsi, UNIQLO terus membawa rekaan fesyen ke tahap yang baru dengan fabrik inovatif yang memastikan keselesaan dan mudah dipakai.

Rangkaian pakaian wanita UNIQLO menyerlahkan daya tarikan feminin melalui koleksi yang meningkatkan dan menumpukan perhatian kepada siluet wanita tanpa menjejaskan keselesaan. Bagi koleksi pakaian lelaki musim ini, buangkan penampilan santai dan pilihlah penampilan sofistikated! Berpakaian kasual diberi perubahan dengan aksen-aksen warna yang terang pada rekaan pakaian yang selesa dan bergaya.

Warna utama bagi Musim Luruh/Sejuk seperti Bordeaux, oren, hijau dan biru membayangkan musim ini bersama-sama dengan warna musim sejuk – putih dan kuning air. Bagi mereka yang inginkan penampilan ”sporty”, percikan corak warna hijau dan biru terang serba segar yang digabungkan dengan pakaian bercorak baru pasti akan membuatkannya begitu menonjol.

Stretch Jeans dan Relaxed Pants
UNIQLO merevolusikan jeans denim yang sentiasa dipakai oleh semua dengan membangunkan rangkaian inovatif yang menggabungkan penampilan dan rasa denim tulen tanpa terasa sempit. Kaum wanita pasti gembira untuk mengetahui bahawa Ultra Stretch Jeans UNIQLO bukan sahaja terasa sangat selesa, malah kain khas yang digunakan memberikan daya sokongan kepada punggung dan paha dan mengekalkan kedudukan mereka. Selain daripada bahan baru yang mudah dipakai, harganya yang rendah juga menjadikannya produk mampu milik yang berkekalan untuk bermusim- musim.

Easy Corduroy Leggings dan Pants
Diperbuat dengan korduroi yang lembut lagi selesa, Easy Corduroy Leggings UNIQLO untuk kaum wanita dan Corduroy Relaxed Pants bagi kaum lelaki adalah rekaan yang mesti dimiliki bagi mereka yang inginkan pakaian mampu milik untuk peralihan antara musim. Tampilkan gaya feminin yang sofistikated dengan menggabungkan seluar leging bersama baju Merino Tencel UNIQLO dalam skim warna yang sama bagi melengkapkan kilauan dan corak warna meriah korduroi. Padankan pakaian dikait atau parka sukan dengan warna dan corak berbeza bersama Corduroy Relaxed Pants untuk gaya santai.

Ultra Light Down
Koleksi Ultra Light Down UNIQLO yang diperbuat dengan nilon yang sangat halus, 20-denuier, menawarkan pelbagai gaya dengan siluet, warna, dan cetakan baru. UNIQLO telah menambahkan rangkaian ves dengan pilihan pelbagai warna dan cetakan baru sekaligus menambahkan versatiliti pemakaiannya. Corak warna beri baru untuk kaum wanita juga ditambah kepada rangkaian musim ini, membolehkan pelbagai kemungkinan penggayaan dengan rangkaian pakaian bawah UNIQLO.

Warm Pants dan Warm Skirts
Dikenali untuk versatiliti tanpa kerumitan, barisan baru ekstensif bagi skirt hangat pasti kekal sebagai kegemaran di kalangan pelanggan wanita. Satu tambahan baru kepada rangkaian seluar hangat untuk lelaki adalah Windproof Chino Pants yang amat ringan dan mudah untuk dipakai. Berbekalkan ciri-ciri seperti kun alur dan kargo, Warm Easy Pants boleh mengubah penampilan anda daripada ‘ sporty’ ke lasak. Koleksi Warm Bottom berjanji untuk mengekalkan haba badan pengguna sambil mengekalkan rasa yang amat ringan tanpa menjejaskan faktor gaya.

HEATTECH
Satu produk yang mesti dimiliki untuk percutian musim sejuk jauh dari kawasan tropika, HEATTECH menawarkan cetakan segar lagi baru dan butiran reka bentuk termasuk renda bukan sahaja menawarkan pakaian dalaman yang hebat tetapi juga rekaan bergaya untuk pilihan penggayaan yang menyeronokkan. Sempena menyambut tahun ke-10 jenama HEATTECH, UNIQLO memperkenalkan pakaian bayi baru dan rangkaian pakaian santai wanita, sekaligus menambahkan keseronokan koleksi baru bagi koleksi Musim Luruh/Sejuk.

Koleksi Pakaian Berkait
Kekalkan suasana selesa dengan kardigan, jubah, poncho serta pakaian asas yang direka dengan baik daripada rangkaian pakaian berkait menggunakan fabrik semula jadi seperti Merino yang amat halus, bulu biri-biri Geelong dan kashmir. Selaras dengan tema keseluruhan iaitu keselesaan dan keanggunan, sweater dan kardigan dalam warna-warna terang seperti merah jambu, biru dan hijau menyerlahkan gaya ‘ preppy’ terkini.

Koleksi Poncho
UNIQLO memperkenalkan rangkaian poncho baru lagi mewah musim ini dengan pelbagai fabrik termasuk pakaian berkait dan bulu biri-biri tersendiri UNIQLO. Padankan poncho berkait dengan pakaian bawah sofistikated dan gunakan warna-warna hangat untuk menyerlahkan kepanasan bahan. Poncho bulu biri-biri bercorak kelihatan hebat dengan seluar pendek dan pakaian untuk kaki dan membantu menyerlahkan gaya yang sporty serta elegan untuk musim ini.

UNIQLO brings comfort and elegance this FW2012

Be at the forefront of style with UNIQLO’s latest Fall Winter 2012 collection. Elegance and comfort is the theme of the season with new and updated lines that will help make a bold fashion statement.

Known for uniting fashion with functionality, UNIQLO continues to take fashion pieces to a new level through innovative fabrics that ensures comfort and ease of wearing.

UNIQLO’s womenswear offerings oozes feminine appeal as the collection enhances and emphasizes a woman’s silhouette without compromising comfort. In menswear this season, ditch the lazy laid-back look and opt to go sophisticated! Casual dressing takes a spin with bright colour accents on comfortable and stylish wardrobe pieces.

Key colours for Fall Winter such as bordeaux, orange, green and blue are strongly reflective of the season alongside winter colours – white and beige. For those who want to get on the sporty side, fresh splashes of bright green and blue hues combined with new patterned items are sure to make outfits pop.

Stretch Jeans and Relaxed Pants
UNIQLO revolutionises the ever essential denim jeans by developing an innovative line that combines the look and feel of genuine denim without feeling constricted. Ladies will be pleased to know that UNIQLO’s Ultra Stretch Jeans not only feels exceptionally comfortable, the special fabric gives that extra lift to the buttocks and thighs and keep them firmly in place. Apart from the new easy-to wear material, the low price makes it an affordable item that lasts for seasons.

Easy Corduroy Leggings and Pants
Made with soft, comfortable corduroy, UNIQLO’s Easy Corduroy Leggings for women and Corduroy Relaxed Pants for men are must-haves for those looking for affordable items to transition between seasons. Present a sophisticated, feminine style by pairing the leggings with UNIQLO’s Merino Tencel top in a similar colour scheme to compliment the sheen and vibrant hues of corduroy. Match knits or a sweat parka in contrasting colours and patterns with the Corduroy Relaxed Pants for a relaxed style.

Ultra Light Down
UNIQLO’s Ultra Light Down collection, made with super-fine 20-denuier nylon, boasts a myriad of styles with new silhouettes, colours and prints. UNIQLO has expanded the variety of vests in an even larger variety of colours and new prints making dressing versatile. New berry hues for women are also added to this season’s offerings allowing for endless styling possibilities with UNIQLO’s range of bottoms.

Warm Pants and Warm Skirts
Known for their no-fuss versatility, the new extensive lineup of warm skirts is sure to remain a favourite among women customers. A new addition to the warm pants lineup for men is the Windproof Chino Pants that is surprisingly light and a breeze to wear. With details such as piping and cargo, the Warm Easy Pants can take you from a sporty to outdoorsy look. The Warm Bottom collection promises to keep users warm while remaining extremely lightweight without compromising that style factor.

HEATTECH
A must-have item for winter vacations away from tropics, HEATTECH brings forth fresh, new prints and design details including lace to not only offer great innerwear but also fashionable pieces for fun styling options. In celebration of its 10th year of the HEATTECH brand, UNIQLO introduces new baby wear and women’s loungewear lines, adding on to the excitement of a new collection for the Fall Winter collection.

Knitwear Collection
Stay snug and warm with superbly designed cardigans, tunics, ponchos and other basics from the knitwear range in natural fabrics such as extra-fine Merino, Geelong lambs wool and cashmere. In line with the overall theme of comfort and elegance, sweaters and cardigans in eye-popping colours like pink, blue and green help create an updated preppy look.

Poncho Collection
UNIQLO debuts its new and plush lineup of ponchos this season with an exciting range of fabrics including knits and UNIQLO’s signature fleece. Pair a knit poncho with sophisticated long bottoms and use warm colours to highlight the warmness of the material. A patterned fleece poncho looks great with short pants and legwear and helps show off that sporty, elegant style for the season.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version