Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

UNIQLO Bakal Melancarkan Koleksi Musim Luruh-Musim Sejuk

UNIQLO Bakal Melancarkan Koleksi Musim Luruh-Musim Sejuk pada 24 Ogos Koleksi Terakhir hasil Kolaborasi di antara UNIQLO dengan Label Undercover

UNIQLO mengumumkan bahawa koleksi terakhir hasil projek reka bentuk kolaboratif dengan pereka bentuk tersohor Jun Takahashi, dan label fesyen hit kultus beliau, iaitu Undercover, akan dilancarkan di kedai UNIQLO bermula 24 Ogos.

Seperti koleksi musim bunga-musim panas, koleksi musim luruh-musim sejuk 2012 ini akan memfokus kepada tema keluarga dan merangkumi rangkaian pakaian untuk kaum wanita, lelaki serta kanak-kanak. Fasa pertama koleksi baru ini akan mula dijual secara eksklusif di kedai Fahrenheit88 UNIQLO serta kedai-kedai UNIQLO di 11 pasaran di luar Malaysia.

Rangkaian yang ditawarkan secara eksklusif di kedai UNIQLO amat berjaya sejak ia diperkenalkan pada musim bunga lalu. Konsep di sebalik projek unik selama setahun ini adalah keluarga, yang mana koleksi ini menawarkan pakaian bergaya untuk para ibubapa dan anak-anak mereka.

Rangkaian  diminati ramai di seluruh dunia dengan menggabungkan pakaian kasual berkualiti tinggi UNIQLO dengan reka bentuk yang menggambarkan gaya tersendiri lagi bergaya label Undercover.

Koleksi musim luruh-musim sejuk 2012 merangkumi kira-kira 90 rekaan untuk kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak, dan menggabungkan estetika reka bentuk unik Undercover bersama fabrik berprestasi tinggi UNIQLO.

Di bawah arahan Jun Takahashi, fabrik serta bahan pengenalan UNIQLO seperti yang digunakan dalam rangkaian pakaian HEATTECH serta jaket Ultra Light Down dijadikan rekaan baru lagi asli. Rangkaian ini meliputi pelbagai jenis pakaian yang diperlukan untuk musim-musim luruh dan sejuk; rangkaian lelaki dan wanita disediakan dalam palet warna seperti wain, zaitun, kelabu dan hitam, manakala pakaian kanak-kanak ditawarkan dalam kombinasi warna-warna terang seperti merah jambu, merah dan kuning dan ton gelap seperti wain dan biru.

Lelaki: 35 produk
Jaket Penunggang Motorsikal, Jaket Ultra Light Down Premium, Kardigan Potongan Leher-V, Baju Lengan Panjang, Seluar Jeans Slim Fit’ Korduroi, Seluar Jeans Skinny Fit, Baju-T

Wanita: 31 produk
Jaket Ultra Light Down Premium, Jaket Tunik, Hoodies, Baju Dikait, Baju-T, Seluar Jeans, Set Lounge

Kanak-kanak: 28 produk
Blouson , Seluar, Skirt, Tunik, Gaun, Baju-T

Latar belakang Jun Takahashi
Pereka terkenal Jepun, Jun Takahashi, mejayakan label Undercover bersama seorang rakan pada tahun 1990, semasa beliau sedang menuntut di Bunka Fashion College di Tokyo. Selepas pelancaran Koleksi Tokyo Undercover yang cemerlang pada tahun 1994, jenama ini telah beralih ke pentas global dengan kemunculan yang mengagumkan di Paris Fashion Week pada tahun 2002. Di dalam dunia fesyen antarabangsa, Takahashi terkenal kerana menggabungkan estetika berilhamkan ‘ punk’ tersendiri dengan elemen-elemen fesyen jalanan moden bagi melahirkan gaya mewah yang unik.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version