in , ,

Unifi Beri PlayStation 5 Jika Anda Langgan Pakej Internet 800Mbps

Jika anda masih mengalami kesukaran dalam membeli konsol gaming hangat PlayStation 5 (PS5), anda mungkin boleh menyelesaikannya dengan melanggan kepada pakej internet berkelajuan tinggi daripada Unifi melalui sebuah promosi baru.

Unifi kini sedang menganjurkan promosi di mana setiap pelanggan baharu yang melanggan kepada pelan 800Mbps akan turut menerima konsol PS5. Sungguh pun begitu, perlu diingati bahawa untuk mendapatkan PS5, anda juga perlu melanggan kepada beberapa pakej tambahan bersama pelan internet tersebut.

unifi-playstation-5

Pakej tambahan itu adalah set kotak televisyen Unifi TV dan pelan internet mudah alih Uni5G Postpaid 65. Apabila keseluruhan pakej ini dikumpulkan, anda perlu membayar RM523 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan.

Dengan cara ini, anda memang akan membayar lebih mahal daripada harga pasaran untuk mendapatkan sebuah PS5. Sungguh pun demikian, anda akan menikmati kelajuan internet yang amat pantas di rumah, internet 5G dalam telefon pintar serta akses kepada puluhan perkhidmatan penstriman video seperti Disney+ Hotstar, BBC Player dan banyak lagi.

Jika anda melanggan kepada pelan 800Mbps sahaja (RM299 sebulan) tanpa pakej-pakej tambahan, anda tidak akan menerima PS5. Layari laman web Unifi untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej internet yang ditawarkan oleh mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AQIL

Malaysia’s Aqil Zulkiflee Triumph at Nickelodeon Kids’ Choice Awards 2023

“Saya Ditumbuk, Dikhianat, Adik Dia Sendiri Juga Bersubahat!” – Shuhada