in ,

UNIC Selesa Berdua, Belum Fikir Untuk Ambil Ahli Baru

Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli menjelaskan bahawa kumpulan tersebut masih belum membuat sebarang perancangan untuk mengambil mana-mana ahli baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Imam Muda Najdi.

Sebaliknya, dia menyifatkan UNIC kini lebih selesa bergerak secara duo bersama seorang lagi anggota yang juga merupakan penceramah selebriti, Fakhrul Radhi.

“Setakat ini mungkin tidak kot. Berdua ni rasanya lebih senang.

“Aku gaduh kau, kau gaduh aku. Aku jiran kau, kau jiran aku. Kami hanya berhadapan dengan dua pendapat dan dua pandangan sahaja.

“Nanti kalau tambah, kos pakaian kena tiga orang. Kereta kena van. Sekarang ni naik motor pun dah boleh dah,”

Bazli berkata demikian ketika ditanya menerusi program live Facebook The Amin Idris Show pada, Rabu.

Menurut Fakhrul pula, perkara ini tidak boleh dijangka kerana walau apapun yang berlaku hidup ini harus diteruskan.

“Tapi tak tahu juga. Benda ni sama juga macam 2014 bila Pali (Fadzli UNIC) nak fokus bidang training. Lepastu dia ambil keputusan untuk keluar.

“So, tak mengapalah. Itu yang dikatakan life must go on maksudnya kita kena teruskan dan move on.

“Dia kena memikirkan masing-masing punya survival. Perjalanan hidup akan sentiasa berkembang,” kongsinya

Tambah pengacara itu lagi, setiap  individu di dalam UNIC ini mempunyai peranannya tersendiri.

“Macam saya join UNIC dari 2008 dah nak masuk 12 tahun tetapi peranan saya masih sidikit tapi adalah yang saya boleh bagi.

“Selepas Pali keluar kita pun pernah berdua selama setahun. Tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menghormati keputusan yang dibuat selain turut mendoakan semoga UNIC akan terus sukses selepas ini.

Terdahulu, Imam Muda Najdi mengumumkan pengundurannya daripada UNIC selepas empat tahun bersama kumpulan tersebut untuk membawa haluannya sendiri.

Sumber: Instagram UNIC

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penantian Tiga Tahun Berakhir, Album ManifestaSITI2020 Ubat Rindu Peminat

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah