in

Undi Budiey di Pencalonan Awal Blog Pilihan Online APO2016

Salam semua Budieyators, rasanya dah lama betul Budiey tak tercalon dalam mana-mana anugerah. Sebenarnya kan, Budiey tak suka masuk pertandingan yang berasaskan undian ini sebab siapa-siapa pun boleh menang. Lagi satu malas nak menyusahkan korang dan suruh korang undi. Tapi belum apa-apa lagi ramai Budieyators yang sudah mula calonkan Budiey dan buat kempen. Nak tak nak kena terima je lah.

Tapi apabila dah tercalon dalam pencalonan awal di Anugerah Pilihan Online 2016 anjuran Mstar dalam kategori Anugerah Blog Pilihan Online, Budiey rasa sudah tiba masanya untuk meminta pertolongan dari korang semua untuk membantu Budiey bagi menempatkan Budiey dalam Top 5 kategori ini.

Apo.png-2

Ramai yang bertanyakan kepada Budiey bagaimana caranya nak calonkan Budiey. Okay, kat sini, Budiey nak terangkan secara ringkas dan lebih jelas agar semua faham tentang sistem pemilihan Top 5 nanti.

Langkah 1: Layari Laman Sesawang APO 2016

Layari http://apo.mstar.com.my/utama.aspx untuk dapatkan info.

Langkah 2: Login dengan menggunakan Facebook, Twitter atau Google.

Ketiga-tiga platform media sosial itu boleh digunakan untuk menghantar pencalonan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Anda boleh mencalonkan tiga nama untuk setiap kategori.

Selepas login, anda bolehlah meletakkan calon-calon yang anda suka tu di tiga ruangan kosong yang disediakan pada setiap kategori. Budiey kira, anda perlu meletakkan pada kesemua calon. Banyak juga tu nak kena isi kan?

Langkah 3: Cari kategori ke 15 untuk mengundi Sensasi Selebriti – www.budiey.com dalam kategori Anugerah Blog Pilihan Online

Jika inginkan selebriti kesayangan atau personaliti pilihan anda tersenarai sebagai calon lima teratas dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016), jangan lupa untuk terus menghantar pencalonan bagi setiap kategori sehingga 31 Mac ini.

Langkah 4: Hantarkan pencalonan anda itu.

Setiap hari anda boleh mengundi sekali sahaja.

Hanya selebriti dan personaliti yang memperoleh pencalonan paling banyak yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu pengundian yang akan bermula 1 April ini.

Pencalonan terbanyak untuk setiap kategori akan diambil kira bagi menentukan nasib calon terbabit berada dalam senarai lima teratas.

“Setiap calon memerlukan lebih daripada satu pencalonan bagi kategori yang dicalonkan untuk menentukan mereka mendapat tempat dalam senarai top five.

Proses pencalonan 17 kategori APO 2016 dibuka mulai 3 Mac lalu dan akan ditutup pada hujung bulan ini.

Pengguna media sosial boleh membuat pencalonan menggunakan tiga log masuk berbeza merangkumi Facebook, Twitter atau Google.

Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung pada 30 April depan menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mirus Aircraft Seating Slimline Seats

Filem MUNAFIK Kutip RM8.5 juta 11 Hari Tayangan