in

Uncle Seekers Ditahan Aibkan Sultan

Boleh dikatakan semua akhbar utama termasuklah Berita Harian hari ini telah mengeluarkan berita tentang Uncle Seekers telah ditahan polis pada pagi tadi.

Di Sinar Harian pula memberitakan Uncle Seekers dipercayai ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

KUALA LUMPUR: Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Seekers, ditahan dekat Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Penahanan beliau dipercayai berkaitan artikel dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com. Beberapa laporan polis dibuat berhubung artikel itu.

Difahamkan, dia ditahan oleh polis dari kontinjen Johor pada pukul 9.45 malam dan kini dibawa ke negeri ini dipercayai bagi siasatan lanjut ekoran laporan dibuat sekumpulan 30 individu mengenai tulisannya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 1 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu hari ini.

Uncle Seekers Ditahan Aibkan Sultan

Updated dari Harian Metro pada jam 6:20 petang:

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Ahad lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

E! Special of Kate & William

Gambar Siti Saleha di Anugerah Stail EH! 2012