in , ,

Umar Uzair Teruja Tampil di Istana Budaya dalam Konsert Kata Kota Cinta

‘2021 yang bermula dengan sepi semakin memberikan makna buat Umar Uzair untuk terus aktif dalam persembahan setelah kerajaan melalui Majlis Keselematan Negeri memberikan isyarat hijau.

Selepas persembahan muzikalisasi puisi di Matic pada Mac lalu, terbaharu Uzair tampil dalam konsert Kata Kota Cinta di Istana Budaya.

Berlangsung pada 11 April 2021 pada jam 8.30 malam, Kata Kota Cinta diproduksikan oleh Persatuan Generasi Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya sempena Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 yang bakal melabuhkan tirai pada April 2021. 

Selepas kali terakhir Uzair tampil dalam konsert puisi di Istana Budaya pada 2017, tahun ini merupakan tahun yang positif kerana dapat kembali beraksi di pentas bertaraf dunia itu bersama tokoh nasional, artis terkenal dan seniman belia sebagai usaha memperkasakan sastera dan seni kebangsaan. 

Umar Uzair Teruja Tampil di Istana Budaya dalam Konsert Kata Kota Cinta

Uzair bakal tampil dalam lagu-lagu puisi iaitu Kekasih (karya Sasterawan Negara Usman Awang) dan Warisan Anak Kecil Main Api yang bertemakan cinta sesama insan dan cinta kepada tanah air, persembahan kali ini dianggap istimewa kerana akan diiringi oleh para pemuzik handalan dari produksi Istana Budaya sendiri. 

– Pertama Kali Berlakon –

Keterujaan Uzair kali ini ialah apabila diminta untuk turut beraksi dalam beberapa babak pendek yang digubah sebagai peralihan sesebuah segmen dalam konsert ini. 

Umar Uzair Teruja Tampil di Istana Budaya dalam Konsert Kata Kota Cinta

“Ini julung kali saya diberikan cabaran untuk meluahkan dialog tertentu dalam sebuah persembahan kerana banyak pihak tahu saya seorang yang kayu dalam bidang lakonan. Justeru ia cabaran yang baharu buat saya apatah lagi dipersembahkan di pentas besar Istana Budaya! Berilah saya 100 lagu, saya masih boleh bernyanyi tapi bila diminta untuk berdialog sebaris saya amat gemuruh!”

Konsert Kata Kota Cinta diarahkan oleh pengarah seni Istana Budaya, Encik Irwan Firdaus yang turut menampilkan barisan seniman terkenal termasuk Dato’ Ja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Bengang Dikecam Kongsi Tips Kehamilan

Ta-Daa!, Saluran Kanak-Kanak Terbaru Temui Pelanggan Astro