in , ,

Umar Uzair Teruja Sepentas Bersama Amelina

Konsert Jundai Nusantara yang yang berlangsung di Panggung Anniversari, KL pada 4 Disember lalu bukan sahaja mencapai sebuah lagi standard program persembahan susastera tanah air malah merupakan sebuah lagi catatan peribadi buat penyanyi dan Penyair Muda ASEAN 2015, Umar Uzair.

Dipilih untuk menyanyikan lagu tema bersempena Pameran Seni Antarabangsa Meraki 21 yang melibatkan 5 negara Nusantara, Uzair diberi penghormatan membuka panggung dengan lagu Bertemu Di Sini yang diiringi secara langsung oleh Kombo DBKL. 

Istimewanya pada persembahan kali ini, Uzair turut diberi kesempatan untuk berduet dengan ratu dangdut Malaysia, Amelina melalui lagu Seri Langkat. 

Umar Uzair Teruja Berduet Bersama Amelina

Keterujaan ini dikongsi olehnya sewaktu di atas pentas “Saya membesar dengan lagu-lagu kak Amelina terutama lagu Seri Langkat dan sudah lama mengidamkan untuk berduet, jadi saya rasa berbesar hati dengan kesudian ini”. 

Uzair juga mempersembahkan lagu puisinya yang terkenal iaitu Cenderawasih serta berduet dengan Raja Syair Nusantara, Roslan Madun menerusi lagu Zapin Pantun Budi. 

Umar Uzair Teruja Berduet Bersama Amelina

Kekal sebagai sebuah persembahan seni dan muzikalisasi puisi, konsert ini menghimpunkan para pemain tersohor dalam industri seni termasuk puisitari oleh Shirley Idris melalui puisi Ada karya allahyarham Dato’ Dr. Kemala, Dato’ Dr. Mohd Radzi dengan puisinya Akulah Kekasih Yang Bersenjatakan Diam, Lin Haslinaz menerusi puisi Makara Sang Pencinta. Dr. Shamsudin Othman kemudiannya membuka segmen ketiga disusuli lagu rakyat Lemak Manis oleh Roslan Madun. 

Umar Uzair Teruja Berduet Bersama Amelina

Irama syair dalam puisi Senja di Kuala Lumpur oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah menggamit penonton selepas Fauziah Ahmad Daud mencuri tumpuan dengan puisi tulisannya sendiri, Ke Mana Perginya Alamku. Amelina turut tampil dengan lagu Zapin Tujuh Purnama. 

Umar Uzair Teruja Berduet Bersama Amelina

Jundai Nusanatara yang dikemudikan oleh Azerai Azmi ini merupakan sebuah kerjasama Katarsis Seni, UPSI, Kolej Za’ba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta PENA, Balai Seni Negara, Galeri Seni Shah Alam dan Kelab Deklamator Malaysia diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Hj. Mahadi Bin Che Ngah serta Chanselor dan Naib Chanselor UPSI. 

Konsert Jundai Nusantara

Konsert Jundai Nusantara

Konsert Jundai Nusantara merupakan sebuah persembahan muzikaslisasi puisi tanpa pemudah acara. Muzikalisasi puisi merupakan salah sebuah tradisi persembahan yang telah lama berkembang dalam persembahan kepuisian di seluruh dunia termasuklah Macedonia, Indonesia dan Eropah. Konsep asal sebuah muzikalisasi puisi ialah gabungan seluruh artis di atas pentas utama dan saling bertemu dalam beberapa barisan pemeran atau persembahan utama yang sedang dijalankan. 

Umar Uzair Teruja Berduet Bersama Amelina

Selama sejam setengah itu, persembahan diaduni tarian tradisional, kontemporari, muzik, lagu puisi, lagu tradisional dan deklamasi puisi yang terdiri daripada pelbagai jenis antaranya monolog, sajak, gurindam dan syair. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYA

Sya Meluahkan Buah Fikiran Dalam Single Kedua Berjudul MADAME

Sophia Liana Muncul Dengan Wangian SophiaShals Aloe Vera Gel