in , ,

Tahniah! Umar Uzair Bakal Perform di Festival Penyair Epik Dunia 2015

Menurut Umar, beliau cukup berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan termasuklah kepada butik Maswira Majid @maswiramajid yang menaja tiga busana untuk persembahan itu nanti.

Pada pagi cuti hari kemerdekaan ini, Budiey mendapat perkhabaran dari penyanyi puisi, Umar Uzair yang mana beliau akan terbang ke Istanbul pada malam ini seterusnya ke Kyrgyzstan mewakili Malaysia dalam acara Festival Penyair Epik Dunia 2015 di Kazakhstan. Budiey difahamkan beliau akan menyampaikan syair Melayu, zapin & joget. Tahniah buat Umar Uzair.

Menurut Umar, beliau cukup berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan termasuklah kepada butik Maswira Majid @maswiramajid yang menaja tiga busana untuk persembahan itu nanti.

Jabatan telah menerima jemputan daripada Republik Kyrgyzstan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menyertai ‘3rd World Festival of Eposes of The Nations of The World’, yang akan diadakan pada 3 – 7 September 2015 bertempat di Bishkek, Kyrgyzstan.

Terima kasih banyak Umar Uzair. Pemberian buku puitismu paling ringkas namun padat jitu isinya. Suka jadikan inspirasi jua.  By @siumaruzair "Selamat menikmati #PestadiPadangJiwa abg @budiey. Takzim selalu.  #seni #seniman #artisan #penyair #jejaka #melay

Program ini secara amnya menghimpunkan persembahan / pertandingan puisi di peringkat antarabangsa selain mempersembahan tarian kebudayaan dari serata negara.

Menurut Umar, beliau cukup berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan termasuklah kepada butik Maswira Majid @maswiramajid yang menaja tiga busana untuk persembahan itu nanti.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap puisi dari pelbagai negara dan mewujudkan jalinan strategik diantara peserta-peserta yang terlibat di dalam program tersebut selain bertukar pendapat, pandangan atau idea sesama peserta. Keunikan festival ini adalah, puisi/sajak yang dipersembahkan dibaca dalam bahasa kebangsaan negara masing-masing.

Di atas keputusan dan kelulusan YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), En Umar Uzair telah dipilih sebagai wakil Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pemilihan peserta pertandingan adalah merangkumi; Kebolehan membacakan puisi, bergiat aktif dalam Industri Seni Puisi (Dalam Negara & Luar Negara) dan tergolong di dalam ‘Generasi Y’. En Umar Uzair terpilih diantara tiga (3) calon yang berbakat besar di dalam Industri Seni Puisi dan mempunyai persaingan yang sengit diantara calon-calon yang terpilih.

Umar Uzair

Kriteria-kriteria yang ada pada En Umar Uzair bertepatan dengan pemilihan calon peserta ke pertandingan tersebut. Generasi Y, khususnya perlu diberi pendedahan/pengalaman bukan sahaja diperingkat kebangsaan malahan di peringkat antarabangsa.

Penggiat seni sebegini akan mencipta karya yang lebih segar dan terkini selari dengan isu/perkembangan semasa. Peluang yang diberi untuk lebih mengenali dunia puisi di peringkat antarabangsa bertepatan dengan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) untuk mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran serta kreativiti dalam industri kreatif di peringkat antarabangsa.

Keterlibatan En Umar Uzair sebagai wakil Malaysia ke festival tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melonjakkan industri kreatif tempatan ke persada antarabangsa melalui Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).

Selaras dengan objektif DIKN, iaitu menyokong pembangunan industri kreatif yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di peringkat domestik dan antarabangsa. DIKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersilkan. Ini selaras dengan semangat dan cita-cita Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nicky Minaj Perform Opening Act di 2015 MTV VIDEO MUSIC AWARDS

Senarai Penuh Pemenang MTV Video Music Awards 2015