in ,

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

Kehangatan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu masih dirasai dan ianya jelas semakin meriah dengan sambutan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September nanti. Untuk menambahkan lagi kemeriahan ini, TV3 & TV9 dengan kerjasama Julie’s, hari ini telah menganjurkan acara padang yang diberi nama ”Uli-Uli Biscut Bersama Julie’s” untuk tahun ketiga.

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

[pullquote align=”right”]Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s Sempena Sambutan Hari Malaysia[/pullquote]

Kerjasama antara TV3, TV9 dan Julie’s ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari tahun ke tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Terdahulu, aktiviti ini diadakan di kilang Julie’s yang terletak di Alor Gajah dan Masjid Tanah, Melaka.

Kelainan untuk tahun ini, bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September ini, acara ini diadakan di kawasan yang lebih luas di Dataran Pahlawan Melaka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti yang terdapat di sana.

Aktiviti bercorak kemasyarakatan ini merupakan satu platform unik kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama-sama menjayakan Pertandingan Dekorasi Biskut Hari Malaysia. Pertandingan ini disertai oleh 400 peserta yang akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan diketuai oleh empat chef terkenal dan berpengalaman tanahair iaitu Chef Zam, Chef Zaidah, Chef Jaafar Onn dan Chef Andri. Kemeriahan pertandingan ini ditambah lagi dengan kehadiran selebriti tanahair seperti Adam Shah, Aidil Aziz, Aman Nassim, Azwan Kombos, Ezany Nizariff, Fatin Afeefa, Firdaus Ghufran, Heri Aszmo, Hairi Safwan, Idzham Ismail, Nad Zainal, Reen Rahim, Risteena, Shawal, Shakila Khoriri. Melalui pertandingan selama 2 jam, akhirnya Chef Zam dan ahli kumpulannya telah menjadi juara dekorasi biskut tahun ini.

Selain daripada barisan selebriti tanahair, acara “Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s” turut diserikan dengan kehadiran Encik Su Chin Hock, Pengarah Urusan Kumpulan Julie’s; Puan Su Lee Soon Nee Yeo, Pengarah Kumpulan Julie’s; Encik Sai Ah Sai, Pengarah Eksekutif Kumpulan Julie’s;Encik Martin Ang, Pengurus Besar Kumpulan Julie’s; Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar TV3 dan Puan Zurina Othman, Pengurus Besar TV9; Puan Fatimah Mustafa, Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Kumpulan Media Prima.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, ”Ini merupakan kerjasama tahun ketiga antara TV3, TV9 dan Julie’s dimana setiap tahun sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan. Aktiviti menarik seperti ini perlu diteruskan kerana ianya memberi peluang kepada kami untuk berhubung dengan lebih rapat lagi dengan masyarakat. Malahan para peserta juga berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan barisan selebriti yang dibawa khas dari Kuala Lumpur untuk menyertai aktiviti ini.”

En. Su Chin Hock, Pengarah Urusan Kumpulan Julie’s berkata, ” Ini adalah tahun ketiga penganjuran karnival ”Uli Uli Biskut Bersama Julie’s”, kerana kami percaya bahawa kasih sayang perlu dikongsi bersama oleh komuniti dan masyarakat. Di samping itu, kami juga meraikan anak-anak yatim yang dijemput khas daripada Rumah Anak Yatim Al-Nuriah (PAYASUM) dan Kompleks Anak Yatim Al Zaharah bagi memeriahkan serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Dengan merancang aktiviti dengan tema yang kompetitif, kami berharap untuk memupuk kreativiti dan pada masa yang sama dapat membina semangat berpasukan yang cemerlang. Dengan melibatkan mereka dalam aktiviti amal seumpama ini, kami ingin mempromosikan nilai-nilai persahabatan dan semangat mencintai negara di kalangan masyarakat.”

Pengunjung yang membanjiri Dataran Pahlawan Melaka pada hari ini amat bertuah kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk mereka seisi keluarga. Acara yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang merangkumi beberapa aktiviti seperti demo hiasan oleh chef, pertandingan dekorasi biskut, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi bergambar bersama maskot Julie’s dan Upin & Ipin, cabutan bertuah, serta banyak lagi. Lebih menarik, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Aepul DramaBand, Wana Syed, Mimie Haris dan Ronni Hyperact.

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jennette Mccurdy And Ariana Grande Star In Sam & Cat

Nora Danish Jawab Isu Foto Romantis Bersama Nadem