Bila Budiey duduk selesa di kerusi tayangan media filem Until Dawn, harapan membuak. Bukan selalu dapat peluang tengok filem adaptasi game terkenal, apatah lagi dalam suasana tayangan eksklusif yang sound system-nya padu di TGV 1Utama, visual mantap, dan kerusi empuk yang buat Budiey rasa macam raja. Serius, terima kasih penganjur Sony Pictures Malaysia, sebab pengalaman menonton itu sendiri dah cukup menyenangkan walaupun filemnya? Hmm, kita cerita sat lagi.
Budiey datang dengan mindset: “Yes, filem ni mesti gempak!” Tapi makin lama menonton, makin terasa macam makan popcorn yang dah lemau — awalnya sedap, lama-lama korang rasa macamana?. Tapi jangan risau, bukan semua tak best. Ada juga benda kecil yang boleh dibanggakan.
Sinopsis: Ulang Mati, Ulang Mati, Sampai Subuh
Until Dawn mengisahkan lima sahabat — Clover, Max, Megan, Nina, dan Abe — yang cuba ‘healing trip’ lepas tragedi kehilangan ibu dan kehilangan misteri kakak Clover, Melanie. Mereka berhenti di sebuah visitor center lama dekat Glore Valley yang ternyata bukan sekadar bangunan tinggal… tapi lubuk neraka.
Selepas diserang pembunuh bertopeng dan mati satu persatu, mereka terjaga semula. Eh! Mereka sedar hidup mereka kini masuk dalam satu game maut — kalau nak selamat, kena hidup sampai matahari terbit. Tiap malam, musuh lain datang: kadang slasher, kadang hantu, kadang makhluk pelik. Kitaran maut yang asalnya menarik ni, sayangnya, makin lama makin hambar sebab berulang-ulang
Apa Yang Menarik: Lakonan, Sinematografi, Muzik, Dan Plot
Lakonan: Ji-young Yoo sebagai Megan, si “psychic” dalam geng, memang standout. Dia sorang je yang nampak betul-betul ‘enjoy’ watak dia — macam main-main tapi kena tempat. Clover lakonan Ella Rubin cuba bawa elemen ‘final girl’, tapi sayangnya tak cukup punch. Max dan Abe jujurnya, macam filler, ada tak ada pun tak bawa impak emosi yang besar.
Skrip: Dialog dia… hmm, bayangkan filem horror dengan ayat cliché tahap “we’re dealing with some really messed up stuff here!” — yup, banyak moment yang buat Budiey rasa, “Alaaa, boleh lagi punchline ni kalau tulis betul-betul.”
Sinematografi: Kredit pada David F. Sandberg, yang pernah bagi kita Lights Out dan Annabelle Creation. Ada moment yang memang creepy, macam shot dalam kabus, lantai berkeriuk, atau visual kamera tersembunyi yang mengintai. Tapi bila masuk time-loop dan monster silih berganti, rasa dia jadi serabut dan hilang fokus.
Muzik dan Bunyi: Yang ni Budiey puji Sound design dia bagi impak besar — detik-detik senyap, tiba-tiba bunyi papan lantai retak, suara bisikan dalam gelap, memang buat jantung berdebar. Tapi sayang, bila masuk babak aksi, kadang-kadang bunyi overkill sampai ganggu momentum seram dia.
Visual Effects: Ada beberapa practical effects yang menghiburkan, macam babak mayat meletup secara spontan. Tapi monster lain macam wendigo dan witch, sayangnya, tak cukup menyeramkan — nampak macam hiasan Halloween budget sederhana.
Tempo Penceritaan: Awal filem, pacing dia steady — kita sempat kenal geng ni, faham konflik mereka. Tapi masuk separuh kedua, tempo dia kelam-kabut. Banyak subplot macam Megan punya kuasa psikik atau trauma Clover hilang macam tu je, tak ada payoff yang memuaskan.
Mesej Filem: Katanya nak explore tentang grief, survival, dan mekanik ketakutan. Tapi Budiey rasa, mesej dia tak cukup digali. Fokus lebih pada “siapa mati macam mana malam ni” daripada “apa pengajaran kita di hujung cerita.”
Kalau Nak Banding Dengan Versi Asal Game
Kalau korang pernah main game Until Dawn, korang mesti tahu highlight dia — pilihan pemain bentuk nasib karakter. Dalam filem ni Sayangnya, interaktiviti tu hilang. Filem ni cuba ganti dengan konsep time-loop, tapi hasilnya rasa macam game yang penontonnya tak boleh main — kita hanya boleh tengok dan tunggu siapa mati malam ni. Budiey rasa, itu satu kehilangan besar sebab daya tarik game asal tu memang terletak pada kuasa pilihan.
Twist Ending Jangan Risau, Tak Spoil, Tapi…
Budiey boleh hint je — ada babak monolog panjang kat third act yang kononnya nak ‘jelaskan’ kenapa semua ni berlaku. Tapi sejujurnya, lagi banyak dia cakap, lagi keliru Budiey jadinya. Dan waktu climax, emotional punch antara Clover dan kakaknya Melanie hilang entah ke mana. Sayang sungguh
Apa Kata Budiey
Until Dawn ni macam kek lapis yang tak sempat siap. Ada beberapa layer yang sedap — sinematografi, bunyi, beberapa lakonan standout — tapi bila digabungkan, rasa dia tak sekata. Budiey enjoy beberapa babak, especially moment seram yang subtle, tapi keseluruhan cerita terasa generik dan predictable.
Kalau korang hardcore fan game asal, Budiey nasihatkan turunkan sikit expectation. Kalau korang casual horror fan, mungkin boleh layan untuk hiburan ringan — tapi jangan harap mind-blowing.
Budiey tetap berterima kasih dapat join tayangan media ini sebab pengalaman menonton dia sendiri memang tip-top, walaupun filemnya macam fast-food horror yang cepat kenyang, cepat lupa.