in ,

Ulasan Ringkas Konsert Brian McKnight

Tanggal 9 Mei lalu, Budiey telah menonton persembahan penyanyi antarabangsa, Brian McKnight di More Than Words – An Intimate Evening with Brian McKnight yang dilangsungkan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.  Budiey nak berterima kasih kepada Jag Events kerana sudi menjemput Budiey menonton persembahan ini. Ternyata berbaloi! Sebanyak 18 buah lagu dinyanyikan oleh Brian McKnight pada malam itu dengan vokal yang cukup memukau dan gaya persembahan yang Fantastic, Romantic & Mr Lovalova!

Ini adalah kali pertama Budiey menonton persembahan penyanyi berusia 45 tahun itu dan ternyata Budiey rasa sangat terhibur. Pendek kata, semua yang hadir turut terhibur dengan persembahan memukai dari Brian McKngiht. Budiey dengar, seramai 2,000 orang peminat setia Brian McKngiht hadir pada malam itu juga turut terkejut dengan kejutan yang dirancang oleh Brian McKnight pada malam itu.

Budiey lihat ramai selebriti hadir pada malam tu, termasuklah Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha Saidin, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim.

Sehari sebelum konsert, Budiey telah menghadiri sidang media khas bersama Brian McKnight dan beliau ditanya oleh media kalau-kalau ada kejutan untuk penonton. Dia dengan selamba mengatakan tiada kejutan buat penonton. Beliau hanya mahu penonton terhibur dengan persembahannya selama dua jam itu. Ternyata kenyataan itu adalah bohongan semata-mata kerana Brian McKnight telah buat kejutan yang tak dijangka pada malam itu.

VIDEO: Dont Stop – Brian McKnight Live in KL 

Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian membuka tirai dengan lagu yang berentak rancak Find Myself dan seterusnya Dont Stop. Budiey kira, penyanyi kelahiran Buffalo, New York, Amerika Syarikat ini adalah seorang penyanyi serba boleh. Dia bukan sahaja bijak cipta lagu, malah boleh menyanyi dan ada kemahiran berinteraksi dengan peminat dalam konsertnya. Suasana terus hangat apabila dia yang muncul di tengah pentas sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan basist-nya sebelum memulakan nyanyian. Ini bukannya satu jamming atau seperti menyanyi di  pusat karaoke, malah beliau bijak buat lawak dan mencipta aksi yang mencuit perasaan penonton. Aksinya itu nyata membuatkan seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan para penonton. Memang lucu pun ada!

Lagi lucu apabila Budiey melihat gelagat pemain bass yang berbadan chubby dan gempal itu cukup ligat menari dan begitu hyper-actif. Kelakar pun ada, annoying pun ada. Tapi seronok la tengok dia begitu feel the soul semasa persembahan. Ramai yang hadir memang perasan dengan kelincahan pemain bass ni. Seolah-olah dia juga adalah penari latar Brian McKnight. Dalam hati Budiey ada ternyata, eh lalok semacam pulak pemain bass nih. Lawak giler tengok!

Budiey perhatikan peminat yang setia dah hafal lagu Brian McKnight siang-siang dan mula menyanyi bersama sambil bertepuk tangan. Pandai betul dia memikat dan mengambil hati penonton sehingga ada peminat tidak keruan dan lemas dalam usikan dan jelingan manja beliau. Seterusnya, peminat jadi menggila histeria apabila beliau mendendangkan lagu Love of My Life dan Only One.

“Hai Kuala Lumpur!!! Lama tidak ke sini sejak menjejakkan kaki pertama kali pada tahun 2000. Ketika itu, saya dapat rasakan yang saya akan kembali lagi ke sini satu hari nanti. Ya! saya yakin saya akan kembali semula ke sini untuk persembahan yang lebih besar. Dan hari ini saya kembali, di hadapan anda semua. Saya cukup gembira dan teruja. Kepada anda ingat juga pada yang mungkin tak ingat, nama saya… Brian McKnight.”

Brian McKnight seterusnya buat satu kejutan dengan mempelawa seorang penonton yang bertuah naik ke pentas untuk menemaninya ketika menyanyikan lagu Another You. Dengarnya, peminat bertuah yang terpilih itu bernama Anita, pembaca berita Nightline, TV3. Penonton pula ramai yang bersorak dan histeria ketika itu.

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, “sudah”. Lalu Brian berkata, “kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?”, “Boleh”, jawab Anita sambil tersenyum. Memang cair lah dibuatnya sebab Brian ni memang romantis orangnya.

brian mcknight

Kemudian Brian terus mendedangkan lagu Another You sambil bersungguh-sungguh dengan gaya seperti dia melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Tersipu-sipulah Anita dibuatnya. Dalam keasyikan penonton melihat aksi Brian ‘mencairkan hati ‘ Anita, (dengan gaya gentleman) tiba-tiba suasana dewan bertukar gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Terkejut dengan tindakan penyanyi itu, Anita bagaimanapun dilihat cuba mengelak.

Budiey cukup kagum dengan bakat dan kebolehan Brian McKnight ni sebab dia juga boleh bermain lapan jenis alat muzik. Dan semasa konsert malam itu, beliau menyanyi sambil bermain gitar dan keyboard.

Brian McKnight seterusnya membawa penonton ke zaman silam untuk mengembalikan kenangan dan memori dengan menyanyikan lagu  ‘Crazy Love’, ‘My Kind Girl’, ‘6,8,12’ sambil memetik gitar. Kemudian, beliau bermain keyboard untuk mempersembahkan lagu Rest of My Life dan Anytime.

Sebagai klimaks, beliau mendendangkan lagu killer song yang pastinya ramai yang tertunggu dan meminati lagu ini iaitu Back At One. Sebuah lagu wajib di mana-mana konsert Brian McKnight. Kalau tak nyanyi memang tak sah.  Dikatakan album ini berjaya dijual dengan jumlah lebih tiga juta di seluruh dunia selepas diterbitkan pada tahun 1999.

Jam 10.30 malam, Brian McKnight menamatkan persembahannya dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Made For Love dan Still yang dipetik daripada album kedua, I Remember You.

Budiey pulang dengan satu perasaan yang cukup puas dan ternyata Brian McKnight berjaya menghiburkan semua yang hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Noh Hujan Kini Muncul Dengan Kumpulan Da Vagabonds

Samsung Unveils New GALAXY Tab 4 Series