in , ,

Ulasan Prestasi Konsert Gegar Vaganza 2019 Minggu Ke-5

Naqiu BOBOY kembali mengungguli kedudukan teratas, Nurfatima hampir tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 2019!

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) telah menyaksikan 10 bintang berjaya menyampaikan persembahan yang sangat menghiburkan! Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu bertemakan ‘Curhat’ atau ‘Curahan Hati’, kesemua peserta telah menyanyikan lagu-lagu yang bersifat luahan hati dan rintihan emosi.

Naqiu BOBOY berjaya meletakkan dirinya kembali di kedudukan teratas dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 80.00 peratus. Persembahan cemerlang beliau  menerusi lagu popular kumpulan legenda rock, WINGSiaitu ‘Di Ambang Wati’ telah mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap, Hetty Koes Endang.

Gegar Vaganza 2019 Week 5

Terus konsisten dengan kualiti persembahan beliau, Jatt Ali, berjaya berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mengumpul markah sejumlah 79.00 peratus! Menerusi lagu band popular Indonesia, Radja iaitu  ‘Benci Bilang Cinta’, Jatt telah mendapat pujian yang positif dari juri jemputan, Datuk Yusof Haslam yang mana beliau memberi komen – persembahan yang konsisten dari minggu ke minggu serta showmanship yang bagus’.

Gegar Vaganza 2019 Week 5

Seterusnya, persembahan yang sangat bertenaga menerusi lagu popular penyanyi Indonesia, Mulan Jameela iaitu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’One Nation Emcees berjaya berada di kedudukan tiga teratas selepas berjaya mengumpul markah sejumlah 73.00 peratus serta mendapat pujian yang positif dari ketiga-tiga juri. Di samping itu,One Nation Emcees juga telah diumumkan sebagai penerima ‘Artis Cili Padi Paling Power’ pada minggu kelima.

Gegar Vaganza 2019 Week 5

Sementara itu, Wann telah diumumkan sebagai pemenang anugerah ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ selepas beliau memperoleh undian tertinggi menerusi undian online

Gegar Vaganza 2019 Week 5

Dalam pada itu, konsert Gegar Vaganza pada minggu lalu telah menyaksikan Sham Visa, Feeza dan Nurfatimatersenarai di kedudukan tiga terendah. Ramai menjangkakan Nurfatima akan tersingkir pada minggu tersebut selepas beliau diumumkan berada di kedudukan paling corot. Namun begitu, Nurfatima mampu menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu kelima.

Di konsert minggu keenam pada Ahad iniyang bertemakan ‘Melets’ atau ‘Meletop’, bintang GV6 akan menyanyikan lagu-lagu pernah mengungguli carta dalam dan luar negara serta lagu yang mengimbau kenangan dulu.

Adakah Naqiu BOBOY akan terus konsisten di kedudukan pertama pada minggu hadapan menerusi lagu popular Allahyarham Saleem yang bertajuk ‘Juwita’ ?

Bagaimana pula dengan persembahan Jatt Ali yang akan menyampaikan lagu berjudul ‘Still Loving You’ nyanyian asal Scorpions? Dan mampukah Nurfatima memperbaiki persembahan nyanyian beliau pada minggu hadapan menerusi lagu yang bertajuk ‘Enggan’ nyanyian asal Fauziah Latiff?

Siapakah yang akan tersingkir pada minggu keenam ini? Nantikan bersama, Ahad ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alha Alfa Lancar Program Realiti Malaysia Top MUA

DRAMA Lagu Terbaik Minggu Pertama SFMM34!