in , ,

Kehadiran Lebih 5,000 Peminat Bukti Persona Dua Bintang di Konsert Terunggul Afgan & Ungu

Jeritan lebih 5,000 ribu orang penonton di Stadium Malawati, Shah Alam membuktikan keunggulan dua bintang terkemuka Indonesia, Afgan dan Ungu.

Konsert Terunggul Afgan dan Ungu yang diadakan pada 6 Oktober 2017 berlangsung hampir 3 jam dan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Ungu membawakan lagu Hatiku Hampa. Ternyata kemampuan vokalis utama Ungu, Pasha tidak perlu dipersoalkan. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau, berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan yang telah lama bertahan hampir 20 tahun dalam industri hiburan Indonesia.

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

Ungu menyampaian seleksi lagu hits seperti Percaya Padaku, Untukmu Selamanya, Aku Tahu, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Kekasih Gelapku dan Tercipta Untukku, duet bersama peserta AF Megastar, Idayu. Gandingan Pasha dan Idayu cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut.

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan pembukaan Afgan melalui lagu hits beliau, Pesan Cinta. Persembahan Afgan yang diiringi The Gandarianz membuat penonton mula berdiri dan menari mengikut rentak lagu. Tampil dengan kelainan untuk persembahan kali ini, Afgan lebih banyak menyanyikan lagu baru dari album beliau, Sides.

Penyanyi yang bakal menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri hiburan pada tahun hadapan menyampaikan lagu hits seperti Katakan Tidak, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Percayalah, Knock Me Out, X, Dia Dia Dia, Jalan Terus dan Panah Asmara.

Kejutan manis buat penonton pastinya apabila Afgan dan Pasha berduet menyampaikan lagu Cinta Yang Lain, dendangan kumpulan Ungu. Lebih 20 buah lagu yang dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan dan seterusnya membuktikan konsert ini berjaya mengumpul peminat setia Afgan dan Ungu dari seluruh Malaysia.

Turut sama diadakan kuiz buat penonton di stadium yang menyaksikan mereka berpeluang memenangi pas Meet & Greet selepas konsert.

Popcorn Studio selaku penganjur utama Konsert Terunggul Afgan dan Ungu turut mendapat kerjasama dari Erik’s Talent, Durian King, C03 Social Office, Redbox dan Greenbox Karaoke serta Astro selaku media rasmi, Suria FM, Digi dan Maybank. Manakala penginapan ditaja sepenuhnya oleh Acapella Suite Hotel Shah Alam.

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

KONSERT TERUNGGUL Afgan & UNGU

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selepas Setahun Berehat Stacy Lancar Muzik Video CAKAP KE TANGAN

Peraduan Menonton Filem Marvel Studios Thor: Ragnarok