in ,

Ulasan Konsert Separuh Akhir Pertama MENTOR LEGEND

Keenam-enam protégé Mentor Legend telah berentap dalam Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kesemuanya telah bertungkus lumus memberikan persembahan mereka yang terbaik melalui lagu-lagu medley mereka.

Rezeki tetap dipihak Azmil, sekali lagi beliau telah dinobatkan Juara Mingguan. Dengan kejuaraannya malam tadi, bermakna Azmil telah meraih juara mingguan sebanyak tiga kali berturut-turut sepanjang berada di dalam program realiti ini.

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Mentor Legend juga mengalu-alukan Datuk Ramli MS selaku juri jemputan disamping juri tetap, Azmeer dan Adlin Aman Ramli. Namun, bezanya dalam konsert malam tadi dengan minggu-minggu sebelumnya adalah, para juri profesional hanya akan bersuara di akhir rancangan setelah kesemua protégé selesai membuat persembahan mereka serta lagu bonus mereka.

Menurut Datuk Ramli MS, selaku juri jemputan Konsert Separuh Akhir Mentor Legend Pertama:

“Demi bergelar bintang dan seorang penyanyi, kesemua protégé hendaklah menguasai beberapa perkara. Pertama, adalah sebutan. Sebutan pertuturan biasa dan menyanyi adalah berbeza. Seorang penyanyi yang bagus, sebutannya kedengaran jelas. Kedua, adalah kemampuan jiwa penyanyi itu menguasai lagu, bukan sebaliknya. Sekiranya jiwa penyanyi itu berjaya menguasai lagu, maka dia akan berasa senang untuk melenggokkan irama dan nada lagu itu, jika tidak, mereka akan berasa kurang selesa dengan persembahannya.

Berikut adalah senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh keenam-enam protégé Mentor Legend serta markah pemberian juri awam.

PROTEGE LAGU JURI AWAM

(20%)

NADEERA Sempurna & Bring Me to Life (Medley) 19
AINA Berhenti Berharap, We will Rock You, & Fighter (Medley) 17
TUAH Romancinta & Rock You Like a Hurricane (Medley) 15
SARAH I’m Telling You I’m Not Going, I Have Nothing, & Asmaradana (Medley) 18
FAHMIE I Surrender & Tiada Lagi (Medley) 15
AZMIL Pupus & Sephia (Medley) 19

Persembahan akhir para protégé pada malam itu diakhiri dengan sebuah lagu bonus. Di bawah bimbingan penasihat persembahan, Sazlan dan garapan tunjuk ajar penasihat vokal, Azmeer, tirai Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend malam tadi ditutup dengan persembahan lagu ‘Apa Khabar’ nyanyian asal Joe Flizzow dan Sonaone.

Konsert malam tadi tidak diakhiri dengan sebarang penyingkiran. Oleh itu, dalam Konsert Separuh Akhir Kedua Mentor Legend, minggu ini, tiga protégé yang meraih markah terendah akan disingkirkan manakala tiga lagi akan mara ke peringkat akhir dan merebut gelaran Juara serta wang tunai sebanyak RM150,000, sebuah kereta Proton Iriz, dan Trofi pada 22 Febuari 2015.

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR AZMIL dan hantar ke 33399.

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend.

Selain itu, Michelle Wee akan bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas menggantikan Zuan Bikin Panas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Penonton juga boleh saksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang.

Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ainan Tasneem Dituduh Berlagak Diva?

Gambar Sekitar Konsert TAEYANG Rise World Tour in Malaysia