in , ,

Ulasan Jujur HONOR X9b 5G Telefon Pintar Tahan Lasak Setiap Sudut

HONOR X9b 5G dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia tidak sampai setahun selepas X9a diperkenalkan. Ianya dikenali juga dengan nama Tahan Lasak Setiap Sudut. Ini ulasan Budiey selepas dua minggu menggunakannya!

Sebuah telefon pintar yang memfokuskan pada ciri tahan lasak baharu keluaran terkini HONOR. Telefon bimbit ini mendapat sambutan dan berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menerima pratempahan dan sambutan luar biasa dengan mencapai lebih RM10 juta. 

HONOR X9b 5G ditawarkan pada harga RM1,499 didatangi dengan hadiah bernilai sehingga RM759 yang termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon putik telinga HONOR CHOICE Earbuds X5. Bukan sekadar telefon pintar biasa, HONOR X9b 5G menawarkan ciri-ciri penaiktarafan pada keseluruhan.

Masih lagi kekal dengan spesifikasi peringkat menengah, kesinambungan daripada siri berkenaan membawakan sedikit penambahbaikan dari segi dalamannya. 

Buka Kotak & Pandang Pertama HONOR X9b 5G, Peranti Tahan Lasak Semua Sudut!

Spesifikasinya ini dilihat amat berbaloi berbanding pesaingnya terutama dari segi ketahanan dan kelasakannya untuk dijadikan telefon pintar jangka masa panjang.

Jadi untuk anda yang sentiasa berada di dalam situasi lasak dan kasar seperti bekerja di dalam sektor perladangan, pembinaan mahupun perlombongan, telefon pintar ini amat sesuai untuk anda.

HONOR X9b 5G menampilkan paparan AMOLED 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz bersama-sama tahap kecerahan puncak 1,200 nits. Skrinnya ini juga hadir dengan rekaan Ultra Bounce Anti-Drop dengan tiga lapisan yang terdiri daripada perlindungan terbaja titik tunggal, pengkusyenan keliling dan perlindungan kedap dalam.

Cuma agak terkilan sedikit apabila melihat tahap kerintangan air dan debunya hanya IP53 yang mana ia hanya mampu bertahan dalam keadaan sedikit berdebu dan jirusan air dalam tempoh singkat. Atas sebab itu anda tidak boleh menganggapnya sebagai peranti kalis air dan membawanya untuk menyelam atau berenang seperti peranti dengan penarafan IP67.

Di dalamnya, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Dari segi ketersambungannya ia hanya menyokong Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1, namun masih menyediakan sokongan 5G dan NFC.

Cipset baharu Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 yang baru diperkenalkan di Malaysia bersama Qualcomm® Kryo™ CPU dan Adreno™ GPU. Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40% untuk prestasi GPU yang lebih laju dan 35% peningkatan kecekapan CPU, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsive.

Fotografinya pula untuk kamera utama menawarkan bilangan megapiksel dua kali ganda dengan sensor 108MP bersama-sama kamera ultra-lebar 5MP dan makro 2MP. Kapasiti baterinya sebesar 5,800mAh pastinya lebih besar berbanding modelnya yang terdahulu. Cuma kelajuan pengecasannya lebih rendah pada 35W.

Kekuatan & Ketahanan Dinaik Taraf

HONOR X9b 5G tahan lasak 360° dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland. 

Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada 1 meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak. 

Berbanding pendahulunya, ketahanan paparan HONOR X9b 5G telah ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini. 

Peminat pasti berpuas hati dengan penaiktarafan Perlindungan Skrin Retak Bahagian Depan & Belakang 365 Hari. 

HONOR X9b Media Briefing - Smashing Test

Rekabentuk Yang Elegan & Seksi

Bagi Budiey rekaan telefon bimbit ini sangat elegan dan seksi. Walaupun dari segi rekaannya, telefon pintar ini kelihatan hampir sama dengan modelnya yang terdahulu. Kedua-dua bucunya melengkung pada bahagian hadapan dan belakangnya yang memberikan genggaman yang lebih kemas. 

Permukaan belakangnya yang kelihatan seperti berkaca mempunyai kemasan matte bagi mengurangkan kesan cap jari.

Ia juga mempunyai bahagian gegelung yang menempatkan ketiga-tiga buah kameranya bersama-sama lampu flash. Bezanya bahagian bingkai gegelung berkenaan mempunyai bucu yang bergerigi. Bahagian ini juga agak besar dan membantu mengurangkan ia dari bergoyang apabila digunakan di atas meja.

Buka Kotak & Pandang Pertama HONOR X9b 5G, Peranti Tahan Lasak Semua Sudut!

Skrin baharunya juga kini lebih besar dan cerah walaupun tidak begitu ketara perubahannya. Ia kelihatan jitu, terang dan lancar seperti biasa, namun tidak begitu cemerlang jika digunakan di tempat yang terang seperti berada di luar dalam keadaan cuaca cerah.

Sokongan imbasan cap jari bawah skrin disediakan untuk telefon pintar ini, namun ia tidak begitu pantas untuk menyahkunci dan anda mungkin boleh memilih kaedah mengunci skrin selain dari imbasan cap jari jika inginkan kepantasan.

Pada bucunya yang melengkung disediakan butang kawalan audio dan butang kuwasa yang diletakkan pada sebelah kanan. Di bahagian bawahnya pula disediakan sebuah pembesar suara.

Selepas menggunakannya, Budiey boleh katakan sememangnya telefon bimbit ini tahan lasak apabila jatuh sama ada secara sengaja atau tidak sengaja berulang kali di pelbagai permukaan pada ketinggian lebih kurang aras bahu. Ia sememangnya membuktikan kelasakannya selain tidak menghasilkan kesan calar. Apa-apa pun, Budiey nasihatkan anda perlu mengamalkan sikap berhati-hati ketika mengendalikan apa jua peranti.

Paparan Resolusi Tinggi 1.5K Yang Melindungi Mata 

HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci yang menawan, dengan 1.07 Bilion Warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200nits. Ciri-ciri tersebut menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik. Penglihatan lebih selesa terjamin dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik, dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tanpa gangguan.

Bateri 5800mAh Terbesar Dalam Segmen 

HONOR X9b merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan pemprosesan Snapdragon 6 Gen 1 di pasaran Malaysia. Pemprosesan yang dilancarkan pada tahun lepas ini secara keseluruhannya masih mampu memberikan prestasi yang memuaskan sesuai dengan tarafnya selaku pemprosesan peringkat menengah.

Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dan badan nipis 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, paling besar dalam segmennya. Kuasa tersebut mencukupi untuk menghidupkan peranti ini sehingga 3 hari dengan penggunaan biasa. Anda boleh menikmati sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau 22 jam melayari media sosial dengan hanya sekali pengecasan.

Ulasan HONOR X9b 5G Telefon Pintar Tahan Lasak Setiap Sudut

Cuma ada dalam beberapa keadaan seperti ketika mengendalikan fotografi menggunakan telefon pintar ini. Sungguhpun tidak menjejaskan pengalaman keseluruhan menggunakannya, ada beberapa ketika ia mengambil sedikit masa apabila anda ingin menukar mod fotografi dari kamera utama kepada kamera ultra-lebar.

Tidak dapat dipastikan apakah masalah ini berpunca daripada perisiannya atau kuasa pemprosesannya yang tidak mampu menampung keperluannya. Mungkin kemaskini yang akan datang dapat menyelesaikan sebahgian daripada isu ini.

Paduan antara kapasiti bateri yang lebih besar dengan pemprosesan yang kecil keperluan tenaganya menjadikan tempoh penggunaan bateri HONOR X9b 5G ini agak panjang. Penggunaan yang agak berat seperti permainan mudah alih seperti Roblox mampu bertahan dari pagi sehingga malam untuk sekali cas.

Bagi penggunaan yang ringan seperti sekadar melayari laman web atau media sosial pula ia mampu bertahan sehingga hampir tiga hari. Tambahan pula, sokongan pengecasan 35W melalui pengecas yang disediakan bersama-sama dengannya juga amat membantu dan menjadikan telefon HONOR X9b 5G amat sesuai dijadikan teman perjalanan jarak jauh anda.

HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk ‘multitask’ yang lancar tanpa sebarang gangguan. Dimuatkan penstoran ROM 265GB, anda kini boleh menyimpan semua gambar atau fail penting. 

Prestasi turut dinaiktaraf dengan penstoran dalaman 256GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazim ada pada telefon pintar premium.  Bacaan dan menulis juga dua kali ganda pantas seperti pesaing dalam segmen kelas pertengahan.

Kamera Ultra Jelas 108MP 

Kekuatan utama HONOR X9b 5G bukanlah terletak pada kameranya walaupun bilangan megapiksel untuk kamera utamanya agak tinggi.

Warna yang dihasilkan olehnya dalam kebanyakan masa kelihatan agak suram dengan kurang julat dinamiknya. Gambar yang dihasilkan untuk fotografi dalam bangunan kelihatan sedikit kekuningan. Kawasan fokusnya juga agak kecil menjadikan bucu gambar rapat kelihatan sedikit kabur dan kembang.

Sedikit kekurangannya tersebut bagaimanapun tidak menghalang HONOR X9b 5G menghasilkan gambar yang memuaskan dan kadangkala boleh jadi baik jika kena pada pencahayaannya melalui kamera utamanya.

Untuk kamera ultra-lebar 5MP yang ada padanya pula bagaimanapun agak mengecewakan kerana berlaku senggukan (lag) apabila menggunakannya. Kualiti untuk foto dan videon untuk kamera ultra-lebar berkenaan juga kurang memuaskan pada pandangan saya.

Kamera Ultra Jelas 108MP yang menakjubkan membolehkan HONOR X9b 5G memberi hasil rakaman yang sangat jelas. Dengan penderia seluas 1/1.67 inci dan aperture f/1.75, kamera ini mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Menampilkan teknologi Millisecond Capture, bakat fotografi anda terserlah dengan tangkapan yang lancar dan tepat.

Kesimpulan

HONOR X9b 5G secara keseluruhan merupakan antara telefon pintar paling kental dan tahan lasak yang ada di pasaran pada ketika ini selain dari X9a 5G. Ciri kelasakannya ini menjadi lebih unik lagi kerana faktor saiznya yang nipis berbanding telefon pintar bersifat lasak lain yang besar gedabak saiznya ibarat membawa batu-bata di dalam poket seluar.

Honor X9b ialah telefon pintar yang benar-benar tahan lasak  dengan kamera serba boleh. Telefon ini adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari telefon pintar yang lengkap dengan bateri yang tahan lama.

Saiznya yang sama seperti telefon pintar lain memudahkan ia dibawa ke mana-mana untuk pelbagai aktiviti lasak dan pekerjaan berat lain tanpa bimbang ia rosak akibat terjatuh.

Pada harga jualan RM1,499, HONOR X9b 5G menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik terutama dari segi kelasakan dan ketahanan fizikalnya. Telefon pintar ini boleh diibaratkan seperti sebuah kereta kebal dan mungkin hampir menyamai kelasakan fizikal telefon mudah alih ‘lejen’ Nokia 3310.

HONOR X9b tersedia dalam tiga varian warna iaitu Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black, 

Semua penaiktarafan menakjubkan tersebut pada HONOR X9b 5G boleh didapati pada harga menarik RM1,499. Jangan tunggu lagi, dapatkan HONOR X9b 5G sekarang sebelum habis terjual!

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anker Innovations Malaysia Mengadakan Jualan Akhir Tahun 2023

Agensi Pekerjaan Mindanao Menawarkan Pembantu Rumah dari Filipina