in ,

Ulasan Filem THE STOPOVER 

Ulasan Filem THE STOPOVER (2017)

Pemenang ‘Best Screenplay’ di Un Certain Regard at Cannes antara filem yg agak berat sebenarnya untuk dihadam kerana ianya melibatkan penghayatan dalaman kita termasuklah emosi dalaman.

Menceritakan mengenai 2 orang tentera wanita yg baru sahaja selesai khidmat ketenteraan mereka ‘berperang’ di Afghanistan dan mereka bersama dgn tentera2 yg terselamat yg lain dibawa ke suatu tempat di Cyprus utk menghilangkan ‘trauma’ dan apa yg mereka lalui di Afghanistan. Tempat yg mereka duduk itu cukup mewah.

Satu sesi melibatkan semua tentera berkumpul dalam satu bilik dan berkongsikan detik2 cemas yg mereka lalui ketika berperang menerusi aplikasi teknologi yg mereka cipta. Ada yg menangis dan ada yg mampu terdiam seketika.

Pelbagai aktiviti mereka buat seperti yoga, berenang, berjalan2, ke Kelab Malam, minum, menari, berfoya2 dan sebagainya lagi. Sehinggalah mereka berkenalan dgn 2 orang pemuda tempatan.

‘Kau ingat aku perempuan jenis takde telo macam kau ke’ kata salah seorang tentera wanita itu kepada sekumpulan tentera lelaki sehinggalah wanita2 itu terperangkap dlm perancangan rapi yg dibuat oleh geng tentera lelaki tadi.

Apa yg berlaku sebenarnya? Nak tahu, korang kena datang sendiri tengok filem ini hanya 5 pawagam sahaja yg menayangkan filem (utk 18thn ke atas saja) ini.

Secara keseluruhannya, saya bagi 6/10 bintang utk filem ini.

Thanks to Abg Budiey Isma utk filem ini… 🙂 Jangan lupa singgah ke budiey.com utk info lanjut mengenai filem nie… 😉

#budieydotcom

#premierewithbudiey

#thestopover

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nidji Lancar Album LOVE, FAKE & FRIENDSHIP

Peraduan Menang Tiket Konsert Mini Joox Live With Nidji