in , ,

Ulasan Filem MAT KILAU, KEBANGKITAN PAHLAWAN Arahan Syamsul Yusof

RM1 Juta kutipan pada hari pertama tayangan. Ini bermakna Mat Kilau telah memecahkan rekod pembukaan “Filem Epic Melayu yang menerima kutipan paling tinggi dalam sejarah”.

Seingat admin, genre sebegini dah lama pudar. Masa kecil dulu, kita dihidangkan dengan drama palawan, tetapi sayangnya kini dah takde lagi. Usaha Kembara Studio sememangnya dipuji.

Hari ini 23 Jun akan disiarkan kepada awam tayangan filem Mat Kilau. Moga penerimaan masyarakat Islam terhadap filem ini baik agar penghasilan filem-filem yang membangkitkan semangat kepahlawanan Islam akan berkembang. Penerimaan masyarakat ini penting kerana ianya bakal menyuntik penerbit-penerbit filem dan pemain industri untuk beralih arah dari tema-tema filem yang ‘biasa-biasa’ sahaja kepada satu tema yang memberi kesan kepada semangat jatidiri perjuangan bangsa.

Filem MAT KILAU Menelan Kos Belanja RM8 Juta

Satu sudut yang saya bersyukur sangat dengan filem Mat Kilau ini adalah kerana ia berjaya menonjolkan perjuangan bangsa Melayu Islam menentang British. Biasanya kita selalu mendengar atau menonton kisah perjuangan Melayu menentang komunis atau Jepun. Masa lawan komunis itu orang Melayu bersama British. Semasa lawan Jepun pun orang Melayu digambarkan berhajat kepada bantuan British.

Negara kita pernah duduk di dalam polemik adakah British itu penjajah atau bagaimana? Sampaikan cendekiawan pun sebahagiannya tidak boleh merumuskan secara tuntas. Dalam dokumentari yang pernah ditayangkan di awal kemerdekaan, digambarkan pulangnya British ke bumi mereka sebagai ‘tamatlah sudah waktu belajar’; tamatlah sudah waktu orang Melayu belajar dari British dan sekarang sudah sampai masanya British sebagai ‘guru’ pulang semula ke negara mereka. Hmmmm….

Kerajaan negeri Sarawak pernah menjemput keturunan Charles Brooke sebgai tetamu kehormat di dalam satu majlis. Saya tidak pasti apa perasaan anak-anak cucu cicit pejuang dahulu yang mati di tangan British bila melihat semua itu.

Lupakah kita siri-siri perang Naning di mana Dol Said melancarkan perang terhadap British selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824? Peperangan berlaku di antara 1831-1832. 

Lupakah kita Perjanjian Pangkor 1874 yang kemudiannya dimanipulasi oleh British untuk mengutip cukai yang tidak masuk akal ke atas orang Melayu? Dari situ Sultan murka dan berpakat dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk membunuh Birch. Kematian Birch disusuli dengan perang orang Perak dan British lalu membawa kepada kematian Datuk Maharaja Lela dan rakan-rakannya di tali gantung di sebatang pokok di Taiping.

Lupakah kita bahawa di Negeri Sembilan berlaku pemberontakan oleh Yamtuan Tunku Antah di Paroi pada tahun 1875. Di Selangor pemberontakan Raja Mahadi juga pada tahun 1875. 

Filem Mat Kilau mengingatkan kita pemberontakan Datok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau di Pahang. 

Lupakah kita pada peranan Syed Abdul Rahman Idrus atau Tok Ku Paloh pada tahun 1889? Lupakah kita kepada perjuangan Hj Abd Rahman Limbong membela tanah-tanah orang Melayu yang akhirnya dibuang negara ke Mekah pada 1928 dan meninggal di Mekah pada 1929?

Lupakah kita bahawa di Sarawak berlaku pemberontakan Syarif Mashur terhadap pendudukan Brooke tahun 1841? Beliau telah  dibuang ke Betawi pada tahun 1861. 

MALAM GALA FILEM MAT KILAU

Lupakah kita di Sabah berlaku pemberontakan Mat Salleh pada tahun 1897 dan beliau mati syahid pada 31 Januari 1900.   

Lupakah kita bahawa di awal kurun ke 20 kita menyaksikan kisah perjuangan Tok Janggut di Kelantan yang berakhir dengan kematiannya di tali gantung dan jasadnya yang sudah tidak bernyawa diarak ke sana sini sebagai amaran British terhadap orang Melayu islam?

Jika kita lupa semua itu, filem Mat Kilau berjaya mengingatkannnya kembali.

Tulisan ini didorong oleh keinginan untuk melihat bangsa Melayu Islam kembali kepada jatidirinya yang asal sebagai pejuang agama yang tulin. Kenali diri, kenali musuh. Tunaikan tanggungjawab dan amanah yang Allah bebankan selagi hayat dikandung badan.

Mat Kilau berjaya untuk membawa mesej terbesar kepada penonton iaitu Melayu dan perpecahan yang akhirnya membawa kepada penjajahan. Mesej ini besar dan boleh dikatakan sebagai baju kepada filem ini.

Syamsul Yusof manage to blend elemen hiburan, sejarah dan juga keperwiraan Mat Kilau dalam penceritaan yang mirip filem filem aksi arahannya dulu, tetapi lebih kemas dan baik.

Menonton Mat Kilau nampak seperti menonton filem aksi KL Gangster tetapi diubah eranya dan wataknya. Ianya menghiburkan. Penuh aksi. Padat dengan babak yang cukup lasak dan mantap.

Pisau utama yang menghiris penonton filem Mat Kilau ialah dialog. Boleh dikatakan dialog filem Mat Kilau memang agak daring. Sebagai Melayu, dialog Mat Kilau memang jelas dibina untuk bangkitkan semangat Melayu.

Perpecahan Melayu digambarkan dalam kisah anak didik Tok Gajah berjaya memberikan admin rasa geram. Malah, dialog dialog filem ni memang sengaja cari pasal untuk naikkan geram penonton sampai tulang. 

Dari aspek teknikal, mungkin filem ni sedikit bising dengan aspek bunyi senjata kedengaran seperti filem Tamil. Tapi, ianya memang standard Syamsul Yusof dah. Hahaha! 

Malah, koreografi aksi yang kemas kadangkala terganggu dengan kerja kamera yang memang tipikal Syamsul Yusof seperti dalam KL Gangster. Letak atas tripod, goncang goncang sikit, zoom sana sini kasi meriah.

Walaupun ada Yayan Ruhian, filem ni berjaya cemerlang dengan lakonan Geoff Andre Feyaerts yang boleh dikatakan berani. Lakonannya dipuji kerana berani membawa watak dengan dialog yang agak daring. Wataknya tu, kalau jumpa depan depan, rasanya kena lanyak jadi sambal giling berapi!

Mat Kilau mungkin bukan yang terbaik. Namun, ianya bukti yang penonton dahagakan pembaharuan sinematik dan Mat Kilau hadir menghilangkan dahaga itu.

Tidak dinafikan, Dato Adi Putra memangnya dilahirkan untuk memegang watak Mat Kilau. Namun, wataknya kadangkala tenggelam timbul dan kadangkala nampak macam watak sampingan pun ada. 

Beto pula berjaya buatkan penonton capai emosi pelbagai. Maaf cakap, Beto kadangkala berjaya tapau penceritaan Mat Kilau dengan naratifnya yang lebih meriah dengan emosi. Eh jap. Ni filem Wahid ke Mat Kilau? 

Ianya sebuah filem dengan ceramah agama, imbau tentang perjuangan Rasulullah, dan perjuangan agama dan bangsa. Jika kau bersedia untuk dengar ceramah patriotik dan suntik semangat cinta tanah air, Mat Kilau untuk korang.

Senang cakap, filem ni memang padat dengan aksi, emosi, visual yang not bad. Jangan bandingkan sejarah dan filem ni. Sebaliknya, jadikan filem ni untuk berbincang tentang sejarah sebenar Mat Kilau.

Kekuatan Filem Mat Kilau

1. Lakonan yang padu dari Adi Putra, Beto (Of course la) and Fattah Amin. Fattah Amin 100% berjaya keluar dari zone Mat Jambu dia sebelum ni dan transform diri sebagai hero yang power.

2. Skrip dan Dialog yang boleh buat korang rasa nak berperang lawan penjajah, hahahha. Walaupun ada certain dialogue yg agak cringe but its ok sebab penceritaan tu sampai.

3. Jalan cerita yang penuh propaganda (In a very great way). Sbb dari alur cerita, korg boleh nampak betapa bangsatnya penjajah dan perbuatan dorg pada masyarakat tempatan. Ini adalah filem propaganda yang sangat bagus dan boleh menaikkan jati diri anak bangsa. Syabas!!!

4. Skrip dia jugak byk mengkritik masyarakat dan kita kena ambik sbg wake up call supaya perkara mcm ni tak berulang lagi di masa depan.

Filem ni jugak menggabungkan unsur Islamik yg tinggi dengan byk kata2 semangat berkisar perjuangan Nabi dan org2 Muslim seluruh dunia. Overall filem Mat Kilau adalah filem yang berjaya membakar jati diri kita untuk jadi bangsa yang lebih baik.

Siapakah Kapten Harry Charles Syers

Saya nak memberi info mengenai Kapten Harry Charles Syers, Supritendan Pasukan Polis Selangor yang terlibat dalam kisah perjuangan Mat Kilau dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah terkorban semasa berburu di Ulu Pahang pada 15 Julai 1897. 

Beliau telah diserang oleh seekor seladang dan dilambung tinggi setinggi 30 kaki dan jatuh tertusuk pada tanduk seladang tersebut. Kecederaan beliau amat parah dan mati semasa dalam perjalanan menaiki bot ke Bandar Pekan. Beliau dikebumikan di Pekan dan pada 18 Ogos 1899, di tanam semula di Perkuburan Kristian di Jalan Venning ( kini TV Al-Hijrah/Pusat Islam ) sebelum dialihkan ke Jalan Cheras. 

Batu nisan Kapten Syers ini di letakkan di kawasan perkarangan Muzium Polis Diraja Malaysia bagi tatapan pengunjung dan peminat sejarah manakala kepala Seladang yang dibunuh oleh Encik Meikle diawet dan diletakkan di Kelab Selangor dan kemudiannya dihadiahkan kepada Mes Pegawai-Pegawai Kanan Jalan Venning, Kuala Lumpur dan kini menghiasi pintu masuk Muzium Polis. 

Nota tambahan – Kapten Syers tidak terlibat secara langsung dengan Mat Kilau atau bertempur dengan dia. Cuma beliau dan pasukan polis dari Selangor menawan beberapa kubu pertahanan pengikut Mat Kilau dari Bentong sehingga ke Raub. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Heboh 2022 Acara Padang Terbesar Malaysia Kini Kembali

Ini Cara sooka Meraikan Tahun Pertamanya di Malaysia